Kerosakkan yang sering berlaku pada fon pintar anda yang kami terima ialah panel paparan. Panel paparan merupakan komponen yang mengeluarkan gambar pada peranti anda. Fon yang kami terima kali ini terjatuh dijalan yang penuh dengan batu-batu kecil. Jika fon jatuh di simen risiko kerosakkan yang berlaku pada panel paparan anda adalah rendah berbanding jatuh dijalan yang tidak rata seperti jalan raya.
Punca-punca LCD anda tidak berfungsi atau rosak:
- Jatuh dengan impak yang sangat kuat.
- Apabila fon masuk air anda cuba untuk menghidupkan atau untuk mengecasnya akan melibatkan litar pintas pada LCD.
- Jika bateri anda kembung juga boleh menolak LCD anda dan menyebabkan LCD rosak.
- Jika fon disimpan dan bercampur dengan barang-barang lain yang boleh menyebabkan LCD pecah dan rosak.
Tanda-tanda LCD rosak:
- Touch screen anda bergerak sendiri atau ghost touch.
- Mempunyai baris yang berwarna di LCD anda seperti warna jinga, hitam dan warna lain.
- LCD tidak boleh digunakan.
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan fon anda, anda boleh menghantarnya kepada MRFIX.
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini