Zaman sekarang , penggunaan laman web banyak dimanfaatkan oleh pengguna untuk pelbagai tujuan tidak kiralah seperti mencari ilmu , mengetahui info semasa , sebagai hiburan dan lain lain . Namun begitu , adakah kita sedar bahawa terdapat beberapa keburukan pada laman web tersebut , contohnya seperti sistem keselamatan yang kurang pada pelayar web tersebut sehingga orang tak dikenali dapat mengakses data peribadi kita ?
Artikel kali ini akan menerangkan lima cara untuk mengetahui adakah sesebuah laman web itu selamat atau tidak untuk dilayari ?
1 ) Aktifkan ciri keselamatan pada pelayar web tersebut
Kebanyakan pelayar internet pada zaman sekarang mempunyai sistem keselamatan yang tersendiri . Ini membolehkan anda menghalang Pop-up dan lain lain lagi . Ciri keselamatan tersebut boleh diaktifkan melalui tetapan pada pelayar web yang anda gunakan . Contohnya :
- Chrome : Setting > Advanced > Privacy and Security
- Edge : Setting > Advanced Setting
- Firefox : Option > Privacy and Security
- Safari : Preferences > Security and Preferences > Privacy
2 ) Semak URL laman web dengan betul
Biasanya terjadi kepada kebanyakan pengguna , yang sering terklik pada pautan yang diberikan tanpa melihat atau membaca dahulu . Ini kerana tabiat kita yang malas membaca dan hanya memandang dengan sekilas pandang menyebabkan kita mudah menjadi mangsa penggodam .
Sebagai contoh , anda menaik yah00.com . Padahal pautan sebenar adalah yahoo.com . Ini juga dikenali sebagai teknik pishing yang biasanya menjadi taktik penggodam untuk mengelirukan pengguna .
Jadi jangan mudah ditipu dengan teknik sebegini . Biasanya laman web sebegini akan meminta pengguna kata laluan , no kad kredit , mesej palsu dan banyak lagi maklumat sulit pengguna yang lain .
3 ) Pastikan laman web tersebut menggunakan HTTPS
HTTP membawa maksud HyperText Transfer Protocol yang merupakan protokol asas yaqng digunakan dalam WWW yang bermaksud World Wide Web yang bertujuan menghantar data daripada pelayar web anda kepada laman web yang anda lawati .
HTTPS pula adalah versi tambahan keselamatan terhadap protokol dimana ” S ” membawa maksuk kepada security . HTTPS dapat menapis hubungan komunikasi pengguna dari digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .
Namun begitu , ada juga laman web yang menggunakan HTTPS ini untuk berlindung dan bertujuan mengelabui mata pengguna .
4 ) Buat imbasan pada laman web .
Sebelum melayari internet , anda juga boleh membuat imbasan pada web tersebut untuk memastikan web itu selamat sepenuhnya . Anda boleh menggunakan VIRUS TOTAL iaitu laman web atas talian yang membolehkan laman web itu disahkan selamat atau tidak .
5 ) Lain lain
Sebagai perlindungan tambahan, anda juga boleh menggunakan aplikasi antivirus seperti SOPHOS, AVG, dan Malwarebyte.