Image result for BROKEN LAPTOP

 

Setiap tahun , banyak pengeluar laptop telah menghasilkan laptop yang lebih canggih dari sebelumnya . Daripada yang lebih berat kepada lebih ringan , yang lebih besar kepada lebih kecil dan yang lebih tebal kepada lebih nipis . Walaupun begitu , walaupun laptop ini dinaiktaraf dari segi kuasa , kapasiti , memori dan saiz , pelbagai masalah tetap jadi kepada laptop walau secanggih mana pun . Artikel kali ini menerangkan lima kerosakan yang biasanya berlaku pada laptop anda dan penyelesaiannya .

 

1 ) Laptop panas dan terpadam secara tiba tiba .

  • Laptop digerakkan banyak kali . Ini menyebabkan penyerapan udara ke kipas angin terhad . Ia juga dapat menyebabkan habuk dan benda asing disedut melalui saluran kipas pada laptop .
  • PENYELESAIAN – Gunakan laptop anda pada permukaan yang rata dan keras . Elakkan penggunaan laptop pada permukaan yang lembut kerana ia akan menyekat aliran udara . Bersihkan saluran kipas pada laptop anda menggunakan pemampat udara . Hadkan berapa banyak aplikasi yang kamu gunakan dalam satu masa kerana semakin banyak aplikasi yang digunakan semakin sukar laptop anda menjalankan kerjanya .

 

2 ) Laptop slow .

  • Masalah ini sering terjadi disebabkan ruang storan hard disk , virus dan tanda awal kerosakan komponen lain .
  • PENYELESAIAN – Memformat laptop anda atau servis . Jika masalah masih berlaku , bawakan laptop anda kepada orang yang berkaliber .

 

3 )  Bateri tidak tahan lama .

  • Permasalahan bateri yang tidak tahan lama juga sering berlaku dan disebabkan beberapa faktor .
  • PENYELESAIAN –  Pertama, periksa semua sambungan kabel pengecas anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Selanjutnya, keluarkan bateri anda sepenuhnya dan cas semula dengan meninggalkan komputer riba anda sehingga ia mati . Jika cara ini masih gagal , berkemungkinan besar bateri anda perlu diganti .

 

4 ) Tiada Internet .

  • Kegagalan untuk menyambung sambungan ke internet adalah antara satu masalah yang kerap terjadi . Sebelum menganggap adanya kerosakan komponen , cuba dahulu beberapa langkah asas .
  • PENYELESAIAN – Kebanyakan laptop , mempunyai butang atau suis untuk mengaktifkan sambungan . Pastikan ia dalam kedudukan ‘ ON ‘ . Jika masih bermasalah , troubleshoot rangkaian anda pada control panel . Akhir sekali , rebuild semula rangkaian anda dan pastikan ia diset dengan betul .

 

5 ) Skrin gelap / Tiada paparan . 

  • Apabila anda menghidupkan laptop anda , dan paparan LED menyala , tetapi skrin gelap dan tiada paparan .
  • PENYELESAIAN – Cabutkan kuasa, tanggalkan bateri dan tahan butang kuasa selama 30 hingga 60 saat. Pasang semula kord kuasa dan but semula. Kemudian tutup semula, masukkan bateri dan reboot.

 

Jika kesemua penyelesaian sudah anda lakukan , dan anda masih hadapi masalah yang sama , sudah tiba masanya laptop anda dibawa kepada yang lebih pakar . Kami di MRFIX Bangi sedia membantu anda menyelesaikan segala masalah laptop yang dihadapi anda .

 

Untuk servis memformat laptop anda , anda boleh hubungi kami di :

SMS / Whatsapp / Call

+6018-9886531
Atau boleh datang kepada kami di

No 50 , Jalan 7/7A , 43650 , Bandar Baru Bangi , Selangor