Kalau korang iPhone dekat online atau mana-mana kedai yang kecil, korang mula rasa was-was. Korang takut iPhone korang tak original, apalah. Bukan apa, sebab beli mahal-mahal, tahu-tahu iPhone korang refurbish. Jadi macam mana nak tahu iPhone korang ni original (retail) atau refurbished?

Tapi sebelum itu, kita kenal apa itu refurbished. Refurbished ni bukan bermaksud iPhone korang tak original, refurbished ni merupakan phone yang telah digunakan tapi ada minor problem yang tidak melibatkan motherboard. Ia juga phone yang hanya digunakan sementara sahaja. Maksudnya, korang guna sekejap lepas beli, then ad problem kecil dekat phone, korang jual. Lebih kurang macam tulah.

So macam mana nak kenal iPhone korang original (retail) atau refurbished:

Pergi ke Setting > General > About > selepas itu tengok Model. Jika huruf pertama ‘M’, maka iPhone korang adalah original (retail) model. Tapi jika huruf mula-mula ‘N’, maka ia merupakan refurbished set.

Jadi selamat mencuba ya!