MRFIX - Baiki fon dan laptop

Macam mana nak tahu jika motherboard iPhone rosak

Bacaan < 1 minit

Anda tidak sedar apa masalah yang dialami iPhone anda. Apa yang anda tahu, anda tidak boleh gunakan iPhone anda seperti biasa. Walaupun begitu, anda perlu mengambil tahu apa yang berlaku didalam iPhone anda supaya tidak berlaku sebarang salah faham. Disini kami akan sharekan serba sedikit tentang tanda-tanda sekirannya motherboard iPhone anda rosak.

  • Fungsi kamera tidak berfungsi dan tidak dapat digunakan
  • Layar sentuh atau papan kekunci tidak berfungsi
  • Logo Apple yang tertera pada iPhone tidak bergerak dan menjadi stuck
  • Tidak dapat detect dan buka wifi
  • iPhone terkena air dan tidak dapat berfungsi seperti biasa
  • iPhone tidak dapat berfungsi apabila menggunakannya beserta dengan iTunes
  • Touch IC problem –  Anda ada masalah kadangkala boleh touch dan kadangkala tidak boleh touch. Atau langsung tidak boleh touch walaupun sudah tukar lcd screen. (Model 6/6 Plus selalu ada masalah ni).
  • Backlight problem -Tiada cahaya tapi nampak display atau screen gelap tepi/setengah.
  • Display problem -Screen bergaris, ada cahaya tapi tidak boleh nampak display.
  • Charging problem, iTunes tidak boleh detect, “Accessory not supported” (Fake charging, charge tidak masuk atau bateri iPhone anda tidak naik dan menyala walaupun dicas)
  • Audio IC problem, Loudspeaker, voice memo greyed out. (Model 7 & Plus selalu kena masalah ini).
  • Masalah line, masuk sim card jadi “Searching”/”No Service”/”No IMEI”/”No Modem Firmware”.
  • iPhone mati tidak boleh on.