Pada artikel yang lepas telah memberitahu tentang input device.Pada kali ini, ingin menceritakan serba sedikit apa itu media output? Dan alatan media output.Media output adalah peranti yang biasanya digunakan untuk memaparkan data.Maksud lainnya untuk mengambil data yang di hantar oleh mikropemproses.
Alatan media output.
1.Monitor
Monitor adalah sebuah peranti output yang memaparkan sesuatu paparan pada skrin.Monitor akan mengambil data dari processor. Selepas itu, monitor akan mengeluarkan paparan yang di ambil dari processor.
2.Printer
Sebuah peranti output yang banyak digunakan pada masa kini. Setiap pekerjaan pada masa kini memerlukan penggunaan printer.Printer berfungsi sebagai mencetak sesuatu data yang di arahkan oleh pengguna.Printer akan mengeluarkan data dan meletakkan di atas kertas sama ada berwarna atau hitam putih.
3.Projektor
Penggunaan projector berkembang dengan pesat. Hampir semua syarikat mahupun sekolah menggunakan projector ini.Projektor mengeluarkan cahaya dan memaparkan paparan yang berada pada sebuah laptop atau komputer. Cahaya yang di keluarkan oleh projector memerlukan kawasan yang gelap.Projektor boleh mengeluarkan paparan yang lebih besar berbanding monitor.Kekurangan projector adalah projektor memerlukan kawasan yang gelap seperti yang dinyatakan tadi.Selain itu,projektor juga memerlukan tempat yang berwarna putih untuk memudahkan paparan kelihatan.
4.Speaker.
Speaker adalah peranti output.Speaker akan mengabil data dari processor dan mengeluarkan data tersebut sebagai bunyi. Speaker banyak digunakan pada masa kini.Speaker mempunyai dua bentuk iaitu speaker mempunyai wayar dan speaker tidak menggunakan wayar.
5.Headset
Headset sebuah peranti daripada input dan output.Headset mempunyai dua kategori kerana headset mempunyai mikrofon dan juga speaker.Headset banyak di gunakan semasa bermain permainan video atau mendengar lagu.Headset mepunyai fungsi yang sama dengan speaker kerana headset juga mengeluarkan bunyi.Perbezaan antara headset dengan speaker adalah headset mengeluarkan bunyi yang tidak terlalu kuat.Speaker pula mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga satu rumah boleh mendengarnya.