MRFIX - Baiki fon dan laptop

OPPO A9 (2020) – Telefon pintar Quad-Kamera

Bacaan 2 minit

Pada postingan kali ini, saya ingin mengetengahkan telefon berjenama Oppo A9. Jenama Oppo kini hadir dengan siri baru iaitu siri A9 2020. Telefon pintar ini mula diperkenalkan pada bulan 9 tahun 2019. Telefon pintar ini turut mempunyai ciri yang teristimewa yang dapat diketengahkan mengikut bersesuaian harga yang dipasarkan di seluruh Malaysia bermula serendah RM 1000.00.

Oppo yang sangat popular dengan pengeluaran kamera yang sangat berkualiti dari pelbagai aspek termasuk kamera, pemprosesan sistem operasi yang setanding dengan jenama lain. Berikut merupakan spesifikasi yang ada di telefon pintar Oppo A9 (2020).

Telefon pintar ini hadir dengan 4 kamera belakang dengan sensor utama sebesar 48Megapixel

  • Skrin 6.5”FHD+
  • Android 9.0 PIE
  • Snapdragon 665
  • Adreno 610
  • 8GB RAM
  • Storan sebesar 128 GB
  • Kamera : 48 MP + 8MP+2MP+2MP
  • Bateri sebesar 5000Mah.

Telefon pintar Oppo A9 2020 ini turut menyokong reverse charging di mana ia membolehkan untuk mengecas telefon lain,. dengan bateri sebesar 5000 Mah kapasiti bateri ini membolehkan telefon pintar ini bertahan selama satu hari. Dengan menggunakan Snapdragon 665,  sudah cukup untuk bermain game yang memerlukan spesifikasi peranti yang tinggi dengan kemampuan yang telah tersedia di dalam telefon pintar ini.

kepada sesiapa yang berhajat untuk mencari telefon baru untuk spesifikasi yang baik, boleh cari telefon ini. Ia boleh didapati di mana-mana cawangan Oppo atau di mana-mana kedai yang berdaftar untuk menjualnya.