shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Pelajari Pengaturcaraan Dan Bahasa Komputer

Bacaan 3 minit

Pengaturcaraan dan bahasa komputer merupakan antara yang terpenting yang perlu kita pelajari pada tahun 2020 ini. Pada tahun 2020 ini, masa yang terluang haruslah dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah. Oleh hal yang demikian, kami akan kongsikan tips berkenaan perkhidmatan web dan aplikasi yang boleh anda gunakan sebagai platform untuk anda pelajari bahasa pengaturcaraan dan bahasa komputer. Perkhidmatan web dan aplikasi untuk anda pelajari pengaturcaraan dan bahasa komputer yang boleh saya kongsikan ini berdasarkan kajian yang telah saya buat.

Pengaturcaraan dan bahasa komputer ini perlulah dipupuk kerana pada saya, pelajari pengaturcaraan dan bahasa komputer ini merupakan antara trend yang kian membangun dengan pesatnya.

Di antara Perkhidmatan web dan aplikasi boleh anda pelajari berdasarkan kajian saya adalah ;

1. Code Academy

logo berkenaan code academy

Perkhidmatan web ini memberi fokus kearah pembelajaran atas talian yang disediakan melalui web.

Di antara  pengaturcaraan dan bahasa komputer yang ditawarkan melalui Code Academy ialah HTML, CSS, JavaScript, PHP, C++ dan sebagainya. Di Code Academy, ia menawarkan beberapa pilihan pengaturcaraan  dan bahasa komputer yang boleh anda pelajari daripada pengetahuan asas sehingga ke beberapa topik yang mencabar.

2. Khan Academy

logo berkenaan Khan Academy

Perkhidmatan web ini memberi perkhidmatan untuk pelajari berbagai topik dari pelbagai aspek seperti dalam bidang matematik, bidang sains, bidang sastera, dan bidang pengaturcaraan dan bahasa komputer. Pelbagai latihan disediakan di dalam Khan Academy ini,

3. Code.Org

Logo berkenaan Codeorg

Perkhidmatan web ini menawarkan pembelajaran secara interaktif. Perkhidmatan web “code.org” ini juga memfokuskan pembelajaran secara interaktif termasuk dengan menggunakan kaedah permainan. Tambahan pula, “Code.org” ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai organisasi termasuk dari organisasi dunia seperti Facebook, Google, Amazon, dan lain-lain.

4. Solo Learn

Logo berkenaan aplikasi Solo Learn

Aplikasi Solo Learn ini boleh didapati di platform android dan ios. Aplikasi Solo Learn ini merupakan aplikasi yang percuma yang boleh digunakan bagi sesiapa sahaja yang ingin mempunyai pengetahuan asas atau menambah pengetahuan yang tersedia ada di dalam bidang pengaturcaraan dan bahasa komputer. Pengiktirafan sijil diberikan kepada sesiapa yang telah berjaya menghabiskan modul yang telah diberikan.

5. Py

Logo berkenaan aplikasi PY

Aplikasi Py ini boleh didapati di mana-mana platform Android mahupun Ios. Antara bahasa pengaturcaraan dan bahasa komputer yang boleh dipelajari di aplikasi Py ini adalah Swift, Phyton, JavaScript dan sebagainya. Jika anda berminat untuk pelajari dengan lebih lanjut, anda perlulah membayar untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mendalam berdasarkan bahasa pengaturcaraan yang anda pilih. Bagi saya, ianya sangat berbaloi untuk dibayar kerana ilmu itu lebih mahal berbanding sejumlah wang yang kita bayar untuk kita pelajari sesuatu ilmu tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang info berkenaan aplikasi yang boleh anda pelajari pengaturcaraan dan bahasa komputer, anda boleh terus memberi komen di bahagian komen di bawah.

Kredit:

  1. https://www.khanacademy.org/
  2. https://code.org/
  3. https://www.codecademy.com/learn
  4. https://www.sololearn.com/