Dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) kerajaan telah memberikan Internet percuma sepanjang fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebanyak 1 GB sepanjang tempoh pergerakan ini.

Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-Pemberian Internet percuma 1GB oleh pihak kerajaan diberikan secara sambung  percuma bermula hari ini, iaitu bermulanya fasa ketiga Temph Kawalan Pergerakan ini.

Celcom

 

Untuk para pengguna Celcom, Data percuma 1 GB akan dimasukkan secara automatik tanpa perlu mendail sebarang  nombor.

Digi

Untuk pengguna Digi, anda perlulah menebus data percuma melalui Aplikasi MyDigi. Selain itu, anda juga boleh menebus dengan mendail *128*888#

Maxis

Anda boleh menebus 1GB secara percuma melalui aplikasi samaada MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option.

Umobile

Anda boleh menebus 1GB secara percuma dail *118*6# kemudian pilih Special Offer. Selain itu untuk pengguna Postpaid, anda perlu mendail *118*7# kemudian pilih Special Offer.