Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips untuk penjagaan bateri laptop supaya bateri itu akan bertahan lama . Mari kita lihat beberapa tips tersebut :

 

1 ) Charge bateri atau laptop baru terlebih dahulu

Permulaan penjagaan bateri adalah disaat anda membeli laptop tersebut ataupun anda membeli bateri baru untuk menggantikan bateri yang sudah lama atau sudah rosak . Biasanya , penjual akan menyarankan kita untuk charge selama lapan jam . Namun begitu , ada pembeli yang tidak sabar menggunakan laptop tersebut , lalu mengabaikan pesanan menjual . Ini akan menyebabkan masalah akan datang pada bateri tersebut .

 

2 ) Overcharging

Elakkan terlebih charge ( overcharging )  Ini kerana ia boleh menyebabkan kpanasan dan mengurangkan kualiti bateri tersebut . Cabut charger apabila indicator bateri menunjukkan 90 % ke 100 %.

 

3 ) Jangan sesuka hati mencabut bateri

Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.

 

4 ) Jangan bermain laptop diatas permukaan yang tidak sesuai .

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam , bantal dan sebagainya . Ini tidak baik untuk kesihatan bateri dan laptop anda . Kepanasan yang terlampau akan memberi kesan kepada laptop dan bateri laptop anda .

 

5 ) Jangan charge bateri dengan kerap

Setiap bateri mempunyai kitaran jangka hayat lebih kuran 300 – 500 kitaran ( cycle ) . Anda dinasihatkan untuk menggunakan bateri laptop anda hingga 10% , barulah anda mengecaj nya .