shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

PENJAGAAN LCD TELEFON

Bacaan < 1 minit

Pada masa ini, penggunaan telefon berkembang luas. Telefon mempunyai skrin paparan yang di panggil LCD(liquid crystal display). LCD berfungsi sebagai memaparkan imej dalam pencahayaan yang sedikit.LCD akan mengeluarkan paparan dan di bantu oleh backlight.LCD memerlukan pencahayaan dari backlight, sekiranya backlight tidak mengeluarkan cahaya paparan pada LCD tidak akan Nampak dengan jelas.Banyak pengguna telefon pintar yang mengadu tentang kerosakan LCD.Di sini, mempunyai beberapa langkah untuk penjagaan LCD.

Sekiranya anda sayang pada telefon anda seeloknya anda menggunakan tempered glass.Tempered glass dapat menghalang calar.Tempered glass juga dapat menghalang dari tekanan yang rendah.Banyak tempered glass yang di buat pada masa kini. Tempered mempunyai fungsi yang lain selain dari selamatkan lcd anda.Tempered glass ada yang mempunyai bentuk seperti cermin yang akan memperlihatkan diri anda.

Seterusnya,pastikan telefon pintar anda diletakkan tempat yang berjauhan dari benda yang tajam. Sekiranya,anda meletakkan di dalam beg atau poket pastikan di kawasan tersebut tiada benda yang akan membuatkan skrin anda calar seperti duit syiling,kunci dan banyak lagi benda tajam.Skrin LCD tidak boleh terkena pada tekanan yang kuat.Sekiranya, skrin LCD terkena benda yang kuat ia boleh jadi skrin LCD tidak dapat mengesan sentuhan tangan anda.

Selain itu, pakai casing telefon pintar yang boleh mengurangkan tekanan dari kejatuhan. Telefon sangat sensitif apabila ia terkena impak yang kuat ia akan menyebabkan LCD anda menjadi retak atau tidak boleh digunakan.Casing dibuat bukan sahaja untuk kecantikan.Banyak casing yang dibuat untuk mengurangkan tekanan seperti casing anti shock dan lain-lain.