Penjagaan laptop harus dititikberatkan oleh setiap pengguna laptop , lebih lebih lagi kepada pengguna laptop yang tegar . Laptop yang telah banyak berjasa kepada anda , harus lah kita juga ‘ berjasa kembali ‘ kepadanya dengan melakukan perjagaan secara rapi . Jangan lah ketika sudah rosak , baru kita hendak servis .
Apa terjadi jika laptop tidak dijaga dengan baik ?
Ketika anda menggunakan laptop anda , tiba tiba laptop anda menjadi panas . Kadang kadang kipas laptop anda mengeluarkan angin yang panas . Kadangkala juga laptop anda mati sendiri atau restart secara sendiri . Dan kadangkala laptop anda apabila dion , terus terpadam apabila tiba dilogo Windows . Ini adalah simptom yang akan terjadi apabila laptop anda tidak dijaga dengan baik .
Bagaimana untuk mengelakkan perkara diatas terjadi ?
Perjagaan laptop ini adalah tidak sesukar mana seperti anda fikirkan . Ianya tidak memerlukan modal yang tinggi bagi yang mahir melakukannya . Tetapi jika anda tidak pandai melakukan , jangan sesekali memandai mandai . Anda masih boleh melakukannya dengan cara menghantar kepada kami yang lebih pakar untuk mengendalikannya dan ianya amat berbaloi dengan kos yang berpatutan daripada anda mengeluarkan kos yang amat tinggi apabila laptop anda sudah rosak . Cukuplah anda menyervis laptop anda enam bulan sekali atau setahun dua kali . Kami di MRFIX amat prihatin kepada laptop anda .
Jadilah pengguna yang bijak .