MRFIX - Baiki fon dan laptop

Penukaran LCD Oppo A3s

Bacaan 2 minit

Para pengguna telefon pintar sering mengalami keretakan dan kerosakan terhadap skrin LCD telefon pintar mereka, dengan masalah yang ada pada telefon pintar ini, maka jalan penyelesaiannya adalah dengan menukar  skrin LCD dengan yang baharu. Kami akan kongsikan serba sedikit berkenaan tips penjagaan LCD telefon pintar dengan baik.

Antara tips yang boleh kami kongsikan adalah dengan menggunakan Tempered glass yang berkualiti. Tempered glass dapat melindungi skrin telefon pintar supaya selamat dari pecah dan calar dengan adanya tempered glass. Selain itu, Tempered glass ada yang mempunyai bentuk seperti cermin yang akan memperlihatkan diri anda.

Selain itu, anda haruslah memastikan agar skrin telefon pintar anda disimpan ditempat yang selamat dari benda yang akan membuatkan skrin anda calar seperti buku, kunci, pen dan sebagainya. Skrin telefon tidak boleh terkena pada tekanan yang kuat. Sekiranya skrin LCD terkena benda yang kuat, ia akan menyebabkan skrin lcd tidak dapat mengesan sentuhan anda.

tips yang lain yang boleh kami kongsikan adalah;

  • Cuba elakkan handphone ‘touch screen’ dari mendekati benda yang mempunyai medan magnet seperti televisyen,radio dan lain-lain
  • Pasang ‘screen protector’ kerana ia berguna untuk megelakkan screen handphone korang dari calar tetapi kalau skrin korang sudah mempunyai perlindungan yang telah siap sedia seperti ‘Corning Gorilla Glass’ rasanya mungkin tak perlu
  • Kalau screen handphone korang jenis ‘resistive’ elakkan menyentuk menggunakan kuku kerana ia boleh mencalar atau mengoyakkan lapisan plastik skrin tersebut,seelok-eloknya gunakan skrin protektor
  • Elakkan mendedahkan screen handphone kepada tekanan yang tinggi seperti meletakkan handphone korang dalam poket yang sempit kerana ia berisiko menyebabkan skrin sesentuh itu rosak kerana tekanan yang kuat.
  • Selalulah mengelap screen handphone dengan tuala ataupun kain yang mempunyai benang mikro supaya tidak mencalarkan lapisan skrin.

 

 

Telefon Pintar Oppo A3s

 

Penukaran Skrin LCD Oppo A3s dapat ditukar dalam masa 30 minit sahaja.

Jika anda mengalami masalah skrin retak, anda disarankan untuk membuat penukaran membaik pulih. Hal ini kerana, skrin yang retak ini berbahaya untuk disentuh kerana  serpihan kaca tersebut boleh menyebabkan jari anda luka.

Sekiranya anda mengalami masalah skrin pecah seperti gambar di atas, anda boleh terus menghubungi nombor kami di 0189886531.

Lokasi kami : https://goo.gl/maps/qCS5LyMiWhfubuz29

No.50,Jalan 7/7A,

Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)

Operation Hours : 10am-9pm