Pada masa kini, kemajuan komponen elektronik berkembang dengan pesat.Kali ini, kami akan menceritakan tentang beberapa perbezaan Random Acess Memory(RAM) dan Read Only Memory(ROM) pada komputer dan alat elektronik lain.

 

Keselamatan Data yang di simpan.

Data yang berada di dalam RAM akan hilang sekiranya punca kuasa hilang.ROM datanya akan kekal dan tidak akan hilang apabila kuasanya dipadam.

Kapasiti

RAM Mempunyai kapasiti yang boleh dinaik taraf bergantung pada slot RAM yang berada pada motherboard. ROM pula mempunyai kapasiti yang di tetapkan oleh pengilang.

Pengisian data.

RAM boleh diisi pada bila bila masa disaat peranti elektronik anda berjalan dan akan hilang apabila sumber kuasa di padamkan.ROM pula tidak boleh diisi dengan mudah.

Kuasa yang di gunakan.

Penyimpanan data pada ROM tidak memerlukan kuasa sekiranya anda sudah simpan didalam ROM.RAM memerlukan sumber kuasa untuk simpan data, hanya untuk sementara.