Pada era ini, syarikat-syarikat pengeluar barangan elektronik berlumba lumba untuk mengeluarkan barangan elektronik yang terbaik.Di sini, ingin membezakan surface pro 6 dengan macbook.Macbook dikeluarkan oleh syarikat apple.Penggunaan macbook banyak digunakan pada masa kini.Surface pro 6 pula dari syarikat Microsoft.

Design

Perbezaan dari segi design, Macbook air membuat bentuk yang serupa seperti notebook yang lain. Macbook mempunyai ukuran yang sangat nipis diantara 0.16 dan 0.61inci dan mempunyai berat seberat 1.25kg.Macbook air mempunyai tiga pilihan warna iaitu emas,perak dan kelabu. Macbook air mempunyai keyboard butterfly 3 yang sama sahaja seperti macbook yang lain. Jenis touchpad pula menggunakan versi force touch.

Surface pro 6 adalah sebaliknya,Ia mempamerkan reka bentuk surface ikonik Microsoft.Surface pro 6 bewarna kelabu perak dibentukkan menjadi separuh tablet yang nipis iaitu 0.33 inci dan mempunyai berat 0.73 kg sahaja.Surface pro 6 dibuat menggunakan logam dan kaca yang kukuh.Surface pro 6 menjadi generasi yang paling elegan yang mempunyai kickstand yang paling halus dan fleksibel.

Prestasi

Macbook air mempunyai CPU generasi yang ke-8 yang ditanam di dalam.Pengguna cpu itu masih serupa dengan siri Y yang menggunakan dwi-teras dan kuasa yang lebih rendah. Apple mengeluarkan versi khas processor dan ia lebih cepat daripada siri Y yang anda akan dapati dalam notebook yang lain. Macbook air menerima penigkatan ke paparan 13.3 inci dan display 16:10. Malangnya, panel apple dipilih tidak memenuhi standard macbook biasa.Paparan pada macbook tidak begitu terang.

Surface pro 6, yang juga menggunakan processor generasi ke 8, Ini adalah CPU quad-core. Microsoft memuatkan banyak kuasa ke dalam bahagian tablet Surface Pro 6. SSD juga merupakan versi PCIe yang cepat dimuatkan dengan data.Surface Pro 6 mempunyai paparan 12.3 inci. Surface Pro 6 menggunakan teknologi Pixelsense.Paparan yang di tawarkan lebih daripada 400 kecerahan dan beberapa kontras yang kontras yang terbaik.