Hard disk merupakan komponen yang sangat penting kepada laptop dan komputer anda . Ianya berfungsi untuk menyimpan dan membaca data . Kebiasaanya komponen laptop dan komputer diperbuat daripada elektronik , tetapi hard disk diperbuat daripada gabungan elektronik dan mekanikal , menjadikannya mudah rosak berbanding komponen lain .
Kenapa hard disk boleh rosak ?
1 ) Kerap sleep atau hibernate . Jika sleep untuk jangka masa satu jam kebawah , tiada masalah , tetapi jika dalam masa yang lama amatlah tidak digalakkan .
2 ) Laptop terjatuh ketika digunakan . Hard disk merupakan komponen yang menggunakan sistem mekanikal , menjadikan ia amat sensitif terhadap gegaran , impak dan sebagainya .
3 ) Suhu yang tinggi kepada laptop . Suhu yang tinggi memyebabkan kerosakan bukan sahaja kepada hard disk , malahan kepada komponen yang lain . Servis laptop anda secara berkala agar laptop anda kekal berada pada suhu yang rendah .
4 ) Power failure ketika membaca atau menyimpan data . Ketika membaca dan menyimpan data , jejari mekanikal pada hard disk akan bergerak , dan apabila power terhenti , jejari mekanikal itu boleh merosakkan platter hard disk .
Tanda hard disk rosak
- Hard disk berbunyi bising .
- Data pada hard disk hilang atau rosak .
- Lambat masuk ke Windows .
- Laptop slow dan hang .
- Mengambil masa yang lama untuk membuka sesuatu fail .
- Percentage yang rendah pada Hard Disk Sentinel .