Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini, termasuk aplikasi yang bermasalah tetapi, dalam kebanyakan kes, masalahnya adalah bateri. Sebelum anda menggantikan bateri baru, terdapat beberapa langkah yang mudah untuk anda cuba membaiki iPhone yang sering padam.
Hard Reset iPhone Anda
Jika anda mempunyai masalah seperti iPhone anda sering terpadam, langkah pertama dan paling mudah untuk menyelesaikannya ialah memulakan semula telefon (restart phone). Walau bagaimanapun, dalam kes ini, anda perlu restart khas, dipanggil hard reset. Hard reset berbeza dengan restart biasa kerana ia akan menetapkan semula sistem operasi dan memori di telefon anda tanpa kehilangan sebarang data.
Langkah perlu anda lakukan:
- Langkah berbeza mengikut model iPhone:
- Pada iPhone 8 dan iPhone X, tekan dan lepaskan butang volume up. Tekan dan lepaskan butang volume down. Tekan butang Side.
- Untuk iPhone 7, tekan butang volume down dan Side pada masa yang sama.
- iPhone model lain, tekan butang home dan butang on/off/Side pada masa yang sama.
- Tekan butang tersebut sehingga skrin telefon anda gelap dan logo Apple muncul.
- Lepaskan butang tersebut dan biarkan iPhone mula seperti biasa.
Kemaskini Sistem Operasi iPhone
Dalam beberapa kes iPhone secara rawak terpadam, masalahnya adalah pada sistem operasi. Jika hard reset tidak memberi kesan positif dan anda menggunakan versi iOS lebih awal daripada 11.2, anda perlu mengemas kini kepada versi terkini sistem operasi.
Jika iPhone anda tidak boleh mengemas kini OS, ikuti langkah berikut:
- Buka Settings
- Pilih Notifications
- Pilih setiap aplikasi yang disenaraikan dalam bahagian ini dan pastikan Allow Notifications dimatikan
- Kemas kini sistem operasi
- Apabila kemas kini selesai dan telefon telah dimulakan semula, ulang langkah 1 dan 2, dan kemudian hidupkan semula notifikasi.
Semak Battery Health (iOS 11.3 dan ke atas)
Jika anda menggunakan iOS 11.3 ke atas, terdapat ciri yang direka khas yang dapat membantu anda mengetahui masalah dengan bateri anda. Battery Heath memberikan dua maklumat utama iaitu kapasiti pengisian maksimum bateri dan bagaimana kekuatan bateri anda mempengaruhi prestasi telefon anda.
Untuk melihat Battery Health, ikuti langkah berikut:
- Buka Settings
- Pilih Battery
- Pilih Battery Health
- Menu Maximum Capacity menunjukkan jumlah kapasiti cas bateri anda. Semakin tinggi semakin baik. Sekiranya Maximum Capacity anda sangat rendah, ini mungkin tanda masalah dengan bateri.
- Menu Peak Performance Capability akan memberitahu samada prestasi iPhone anda telah menurun secara automatik disebabkan oleh masalah dengan bateri. Peak Performance Capability juga akan memberitahu anda jika bateri anda perlu diganti.
Pulihkan Kembali iPhone daripada Backup dengan DFU
Sekiranya iPhone anda masih terpadam, anda perlu cuba langkah yang lebih besar iaitu pemulihan DFU iPhone anda. DFU bermaksud Update Firmware Disk iaitu mewujudkan pemasangan baru untuk semua perisian pada iPhone termasuk sistem operasi. Untuk melakukan ini, anda memerlukan komputer dengan iTunes yang dipasang didalamnya.
Seterusnya, ikuti langkah berikut:
- Sambungkan iPhone anda ke komputer melalui USB.
- Di iTunes, buat backup iPhone anda dengan menekan Back Up Now.
- Anda perlu meletakkan iPhone anda ke Mod DFU. Langkah melakukannya mengikut model:
- Untuk iPhone 8 dan iPhone X, tekan butang volume up, kemudian butang volume down, kemudian tekan butang Side. Terus menekan butang Side. Apabila skrin bertukar menjadi gelap, tekan volume down. Selepas 5 saat, lepaskan butang Side, tetapi terus menekan volume down. Apabila iPhone anda muncul di iTunes, lepaskan butang tersebut.
- Untuk iPhone 7, tekan butang on/off dan butang volume down pada masa yang sama. Apabila tetingkap muncul di iTunes yang mengatakan iTunes has detected an iPhone in recovery mode, lepaskan butang volume down.
- Untuk model lain, langkahnya adalah sama seperti iPhone 7, kecuali anda menekan butang on / off dan Home bukan butang volume down.
- Pulihkan iPhone anda dari backup yang anda buat dalam langkah 2.
Hubungi Apple untuk Menggantikan Bateri
Jika kesemua penyelesaian di atas telah anda cuba tetapi tiada kesan positif, itu berkemungkinan masalah pada perkakasan iPhone anda, bukan perisian. Mungkin bateri iPhone anda rosak.
Syarikat Apple telah mencipta tool yang membolehkan anda menyemak nombor siri iPhone anda untuk menentukan masalah tersebut. Jika laman tersebut mengesahkan bahawa bateri iPhone anda mempunyai masalah itu, ikut langkah yang disenaraikan di halaman itu untuk pembaikan.
Sumber: LifeWire