shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

PUNCA LAPTOP SELALU RESTART

Bacaan 2 minit

Laptop adalah barangan elektronik yang di gunakan pada masa kini. Laptop mempunyai fungsi yang sama seperti komputer, Cuma kelebihannya laptop kecil dan boleh di bawa kemana-mana sahaja.Anda tengah menggunakan laptop anda secara tiba-tiba laptop anda restart sendiri. Sekali dua tidak rasalah apa-apa, tetapi dah banyak kali mesti sakit hati. Di sini ada sedikit memberitahu punca laptop selalu restart.

Processor terlalu panas

Processor adalah otak laptop yang sangat penting. Processor akan melakukan pengolahan data yang di hantar oleh semua peranti. Jika ketiadaan processor ia akan menyebabkan laptop anda tidak lagi berfungsi. Apabila processor terlampau panas ia akan menyuruh motherboard untuk restart laptop anda.Punca berlakunya masalah ini dari habuk. Laptop mempunyai lubang yang boleh habuk memasuki. Apabila habuk terlalu banyak ia akan memerangkap haba dan menyebabkan processor menjadi panas. Cara penyelesaian masalah ini dengan servis laptop anda. Pastikan yang melakukan servis pada laptop anda orang yang pakar seperti kami.

Virus

Pada masa kini mempunyai banyak jenis virus.Ada virus yang akan membuatkan aplikasi laptop anda menjadi shortcut. Ada juga virus yang akan membuatkan laptop anda terpadam sendiri atau memulakan semula boot pada laptop.Cara penyelesaian masalah ini dengan cara menggunakan antivirus atau anda perlu melakukan format pada window anda.

Masalah RAM

RAM adalah komponen yang penting pada laptop.RAM akan menyimpan data sementara. Jika RAM mempunyai masalah ia akan menyebabkan laptop anda akan restart. Sekiranya RAM tidak dapat menyimpan data sementara ia akan membuatkan laptop anda memulakan semula boot data.

Harddisk

Harddisk adalah sebuah alat yang menyimpan data.Di dalam harddusk mempunyai window. Sekiranya, harddisk anda mempunyai bad sector ia akan menjejaskan file window anda. Harddisk yang rosak juga akan berlaku kerosakan data.