Kadang-kadang, sukar untuk anda kesan jika kipas laptop anda berfungsi dengan betul atau tak. Ia boleh berputar lebih dari biasa, lebih kuat daripada biasa, atau lebih panas daripada biasa, tetapi masih bekerja dengan baik. Apabila kipas laptop anda tidak berfungsi dengan betul, ia boleh menjadi tanda ada beberapa isu hardware yang lebih teruk dengan laptop anda jika masalah kipas anda tidak ditangani.
Kadang-kadang ketika laptop dinyalakan dalam waktu lama, terdengar suara bising yang berasal dari kipas laptop. Pada kes yang lebih teruk, laptop boleh terus berbunyi bising pada saat awal dinyalakan. Tentunya suara bising pada laptop akan sangat mengganggu, apalagi jika laptop digunakan di tempat umum.
Sebab-sebab laptop anda berbunyi:
1. Habuk @ Dust yang melekat
Jika anda tidak membuka banyak program tetapi laptop tetap bising, mungkin saja kipas laptop anda kotor. Nampak remeh, tapi benda macam ni lah yang boleh memudaratkan laptop anda semua. Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu dengan gumpalan habuk-habuk yang melekat lalu menyebabkan kepanasan pada CPU meningkat. Graphic chipset juga sensitif terhadap kepanasan yang melampau. Panas adalah musuh utama komponen elektronik yang sering kali menyebabkan windows hang.
Anda boleh cuba membukanya sendiri dan membersihkannya, tetapi jika anda tidak pasti lebih baik menggunakan jasa orang lain yang mahir.
2. Kipas sudah rosak
Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Mungkin saja penyebab laptop berbunyi bising adalah kipas laptop anda yang sudah rosak. Kipas yang rosak tidak akan bekerja sebagaimana mestinya sehingga menimbulkan bunyi bising.
Jika kipas laptop anda berhenti bekerja sepenuhnya, haba yang dihasilkan oleh mesin anda boleh melengkungkan sistem motherboard laptop anda, menyebabkan CPU terlalu panas, atau menyebabkan beberapa isu-isu lain yang akhirnya boleh memusnahkan laptop anda. Jika kebimbangan tentang fungsi kipas laptop anda adalah konsisten, atau notis laptop anda secara rutin menjadi lebih panas daripada biasa, hubungi kedai membaiki komputer atau spare part laptop dan melakukan penggantian secepat mungkin.
3. Prossessor
Jika anda membuka banyak aplikasi atau program (multitasking), maka prosessor akan berkerja lebih keras. Prestasi prosessor akan sibut dan boleh menyebabkan panas. Kerana suhu laptop yang panas, kipas segera bertindak mengurangkan panas. Kerana itulah kipas berputar sangat cepat sehingga menimbulkan bunyi bising. Sebaiknya jalankan program sesuai dengan keperluan. Perhatikan pula spesifikasi laptop anda, apakah memang mampu menjalankan perisian yang anda gunakan.
4. Guna Laptop Pada Permukaan Fabrik
Kenapa tak boleh guna atas fabrik? Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop. Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.
Jadi jika anda ada sebarang masalah mengenai laptop anda, anda boleh je datang ke kedai kami:
(SMARTPHONE & MACBOOK REPAIR SPECIALIST)
No.50, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Beroperasi setiap hari
Waktu operasi : 10.00am – 9.00pm
Atau hubungi kami di;
MRFIX Bangi – Smartphone & Macbook Repair Specialist