Realme 6 kini mengeluarkan sebuah lagi peranti berjenama Realme yang akan mula dijual pada 27 Mac ini di pasaran Malaysia. Peranti ini akan mula dijual pada 27 Mac 2020 dan harga yang akan dipasarkan bermula RM999 sahaja. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan potongan sebanyak RM200 apabila anda membeli pada hari jadi Lazada yang ke 8. Promosi ini berlangsung daripada jam 12 a.m  sehingga 2.00 a.m (bergantung pada stok yang masih ada). Peranti ini ditawarkan dengan 2 warna iaitu, rona warna putih dan rona warna biru.

Realme 6 ini memiliki skrin layar penuh 6.5 inci. Dari segi permainan games, untuk memberi kelancaran grafik dan memberi pengalaman yang terbaik semasa bermain games. Selain itu juga, peranti ini dilengkapi dengan MediaTek Helio G90T sebagai processornya, dengan adanya processor seperti itu, ia sudah cukup memberi pengalaman yang terbaik buat para penggemar games.

Dari sesi cubaan Kamera,

Untuk kamera utamanya, Realme 6 mempunyai kamera sebesar 64 MP dengan f/1.8 sebagai kemera utamanya (Menggunakan Samsung GW1 sensors), selain itu, ia dilengkapi dengan kamera sebesar 8MP untuk mode kamera ultra wide dan juga dua lagi kamera yang berfungsi sebagai macro dan potrait yang memberi pengalaman yang terbaik kepada penggunanya. Untuk kamera hadapan pula, kamera yang didatangkan sekali adalah sebesar 16MP. Untuk membuka peranti Realme 6 ini, terdapat pengimbasan cap jari di bahagian sisi yang juga berfungsi sebagai butang hidup/mati.