MRFIX Kedai Repair LCD Phone di Sepang yang murah dan cepat! Assalamualaikum, semua. Baru-baru ni, saya sempat singgah ke MRFIX Kota Warisan untuk baiki LCD phone yang rosak. Sebenarnya tak plan pun nak ke MRFIX ni. Tapi kebetulan ada urusan di Sepang dan masih ada banyak masa lagi, jadi saya ambil keputusan untuk singgah sini sekejap dan repair salah satu phone kesayangan Encik Suami yang rosak.
Kenapa pilih MRFIX?
Mesti korang nak tau kan dalam banyak-banyak kedai repair LCD phone di Sepang ni kenapa saya pilih MRFIX. Kalau korang nak tau saya pilih MRFIX sebab sebelum ni saya ada pengalaman repair bateri phone yang rosak dekat cawangan MRFIX Bangi. Memang puas hati sangat dengan servis diorang sebab cepat siap dan kita boleh tengok sendiri face to face apa yang staff buat pada phone dari mula sampai habis.
- Boleh tengok depan-depan masa staff baiki phone
Bagi saya memang sangat penting untuk cari kedai yang boleg baiki phone on the spot dan face to face sebab zaman sekarang terlalu banyak kes penipuan khususnya kedai baikpulih barang eleketrik atau elektronik.
- Boleh elak dari kes penipuan
Banyak dah terjadi bila pelanggan tinggalkan phone semalaman untuk dibaiki pada kedai, akhirnya phone jadi makin teruk dan ada komponen phone ori yang hilang atau rosak. Sebab tu saya tak berani nak tinggalkan phone sesuka hati. Lagipun banyak maklumat dan data penting simpan dalam phone, takut juga kena godam atau hilang.
- Barang original dan murah
Selain tu, apa yang buat saya tertarik dengan MRFIX ni adalah dia guna 100% hanya alat ganti yang original. Jadi tak adalah istilah barang fake atau low kualiti. Bukan tu je, siap ada waranti lagi tau. Harga pun tak terlalu mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai phone lain di luar sana.
Pengalaman baiki skrin LCD phone
Macam kes phone Encik Suami ni, phone ni adalah masalah dengan skrin LCD. Sampai nak touch skrin pun dah tak boleh langsung. Saya pun cerita semua masalah ni dekat staff MRFIX, diorang terus buat full check-up dekat phone dan jelaskan kepada saya detail apa masalah sebenar phone ni.
Staff pun terus bincang harga servis dengan saya dan saya boleh tentukan sama ada nak teruskan dengan servis selanjutnya atau tidak. Dah dengar harga pun murahkan, takkan lah saya nak cancel pula. Teruskan servislah nampaknya.
Saya duduk menggunggu dekat ruangan menunggu berhadapan dengan workstation diorang. Tapi kalau anda nak tunggu dekat sofa yang lebih selesa pun boleh je.
Masa dengar penerangan staff pasal kerosakan phone tu, saya ingat ambil masa lama untuk siap. Eh, tau-tau dalam masa 30 minit macam tu dah siap dah phone dan boleh dibawa balik.
Servis perkhidmatan di MRFIX
Selain dari masalah skrin LCD phone, MRFIX Kota Warisan pun pakar dalam baiki masalah phone seperti phone tak boleh caj, phone masuk air, bateri rosak, kamera rosak, speaker tak berbunyi, GPS tak berfungsi, motherboard rosak, dan banyak lagi lah termasuklah masalah bagi peranti iOS dan Android. MRFIX pun boleh baiki masalah yang berkaitan Macbook, laptop pelbagai jenama, dan tablet.
Kedai alat aksesori gadget yang murah
Oh, ya disebabkan MRFIX Kota Warisan berada dalam bangunan yang sama dengan Al Ikhlas Gadget, korang pun boleh cuci mata mana tau kalau nak beli apa-apa aksesori murah dekat sini. Istimewanya di sini, korang boleh dapat pelbagai akeseori jenama phone seperti casing, tempered glass, charger, cable USB, power bank, dan paling menarik buat custom body untuk iPhone.
Saya sempat beli 2 casing phone yang cute untuk diri sendiri dan anak. Jadi, overall dari pengalaman saya repair LCD phoen di MRFIX memang sangat puas hati! Dan saya sangat recommend pada korang di luar sana khususnya warga Sepang yang masih tercari-cari tempat repair LCD di Sepang untuk datang sahaja ke MRFIX Kota Warisan. Staff-staff MRFIX bersedia untuk bantu selesaikan semua masalah korang.
MRFIX Kota Warisan
Alamat: 21-G, Arena Warisan Puteri, Jalan Arena, Sepang
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00am-9.00pm)
No Telefon: 012-540 0531