Pasti ada di antara kita yang terdesak untuk mengecas peranti apabila terjumpa port USB awam seperti di lapangan terbang. Tetapi, tahukah anda risiko kebocoran maklumat dan digodam oleh penggodam adalah sangat tinggi apabila anda menggunakan port USB awam?
Situasi berbahaya ini diistilahkan sebagai Juice jacking. Juice jacking adalah sejenis serangan siber yang beroperasi melalui kabel pengecas awam di mana penggunanya terdedah kepada instalasi perisian hasad (malware) yang mampu mencuri data seperti gambar dan e-mel daripada peranti anda.
Walaupun peranti kini memerlukan kebenaran untuk melakukan sebarang tindakan ketika disambungkan ke kabel USB seperti dalam gambar di atas. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan mengikuti langkah berjaga-jaga di bawah:
- Sentiasa memastikan peranti dicas sepenuhnya sebelum keluar dari rumah.
- Bawa powerbank sendiri untuk mengecas ketika kecemasan.
- Bawa set pengecas peranti anda dan gunakannya di soket yang terdekat
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Waze – Tekan di sini
Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini