Image result for LAPTOP

 

Pada era teknologi yang semakin canggih ini, pelbagai maklumat dan ilmu dapat diakses melalui hujung jari. Salah satu peranti yang semakin canggih ialah laptop. Pelbagai kegunaan laptop seperti bermain permainan video, menonton video dan pelbagai lagi. Namun begitu, suatu hari tiba tiba laptop anda tidak boleh di on. Apakah puncanya? Terdapat beberapa faktor dan sebab laptop anda tidak boleh di on. Antaranya adalah :

1 ) Soket plug tidak berfungsi

 

Image result for plug socket

 

Pertama sekali sila periksa soket yang digunakan. Anda boleh menggunakan Test Pen untuk mengujinya. Jika anda tidak mahir, anda perlu mencari juruteknik untuk pengujian.

2 ) Power chord charger rosak

 

Image result for power cord charger laptop

 

Power chord charger perlu dijaga sebaiknya. Elakkan menggulungnya secara membabi buta . Cara mengenalpasti power chord anda rosak atau tidak ialah :

  • Gunakan power chord anda pada laptop yang lain .
  • Gunakan power chord yang lain pada laptop anda .

 

3 ) Adapter rosak

 

Image result for adaptor charger laptop

 

Adapter yang rosak mengakibatkan bateri laptop anda tidak dapat dicaj dan laptop anda tidak dapat dihidupkan. Adapter juga harus disimpan dan digulung dengan baik. Setiap adapter pada masa kini mempunyai satu lampu yang dipanggil LED yang berwarna merah, hijau atau kuning bergantung kepada pengeluar. Jika adapter anda berfungsi dengan baik, adapter anda akan berfungsi dengan baik .

4 ) DC Jack ( Charging Input )

DC jack merupakan lubang atau dipanggil charging port untuk menyambung charger anda kepada laptop anda. Kerosakkan DC jack boleh berlaku jika pengguna memasukkan charger secara agresif dan kasar.

 

5 ) Power button

 

Image result for power button laptop

 

Power button juga menjadi antara punca laptop anda tidak boleh dihidupkan. Ianya akan rosak jika power button anda ditekan dengan kasar dan ganas. Penggantian power button haruslah dilakukan oleh yang pakar kerana power button adalah komponen yang berada di dalam laptop .

6 ) BIOS

 

Image result for bios laptop

 

Cip BIOS berfungsi sebagai penyimpanan data yang diprogram. Jika ianya rosak, cip ini akan diangkat dan diprogramkan semula oleh pakar. Kerja-kerja ini memerlukan fokus yang tinggi dan teliti agar tiada komponen lain yang akan rosak.

 

7 ) Processor

 

Image result for processor laptop

 

Kerosakan pada processor boleh mengakibatkan laptop anda tidak dapat dihidupkan langsung. Ada sesetengah processor boleh dicabut dan ada juga processor yang dicantumkan pada papan induk terus. Kos untuk membaikpulih boleh dikatakan agak tinggi .

 

8 ) Papan Induk

 

Image result for motherboard laptop

 

Papan induk yang rosak juga akan menyebabkan laptop anda tidak boleh dihidupkan langsung. Kebanyakkan papan induk yang rosak adalah diakibatkan oleh kerosakan disebabkan oleh air. Disebabkan itulah pengguna tidak digalakkan meletakkan minuman disebelah laptop. Kos untuk membaiki papan induk juga amat tinggi .

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waze – Tekan di sini

Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini