MRFIX - Baiki fon dan laptop

SEJARAH LAPTOP

Bacaan 2 minit

Laptop adalah sebuah peranti elektronik yang digunakan pada masa sekarang. Laptop mempunyai banyak fungsi tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua rumah mempunyai laptop. Disini kami menceritakan sedikit tentang sejarah laptop.

Laptop pertama dibuat pada tahun 1979 oleh pereka british iaitu Bill Moggride. Laptop dibaik pulih rekaannya oleh syarikat GRiD Systems Corporation. Syarikat GRiD menjadikan laptop berbentuk petak dan boleh lipat seperti cengkerang.Pada tahun 1982,Syarikat GRiD mula membuat banyak laptop untuk dijual kepada NASA dan Amerika syarikat.

Pada tahun 1980-an laptop jenis GRiD sangat berat. Pada masa itu, hanya NASA sahaja yang gunakan. Laptop jenis memerlukan sumber kuasa yang sangat kuat. Lepas itu, GRiD dibeli oleh syarikat tandy coporation pada tahun 1988.

Pada tahun 1981 syarikat Osbourne mengeluarkan laptop iaitu Osbourne 1. Laptop jenis ini di cipta oleh Adam Osbourne beliau adalah seorang penerbit buku. Sesetengah ahli sejarah menyatakan laptop Osbourne 1 ini adalah laptop pertama dicipta didunia. Laptop jenis ini mempunyai berat 11 KG. Komputer jenis ini mempunyai skrin lima inci, port bersiri dan dua cakera liut floppy.

Pada tahun yang sama iaitu tahun 1981,sebuah laptop telah dijual yang bernama Epson HX-20. Sebuah laptop yang menggunakan Liquid Crystal Display(LCD).

Pada tahun 1982, Dua pereka dari Microsoft iaitu Kazuhiko Nishi dan bill gates. Mereka merancang untuk mengembangkan lagi peranti laptop. Mereka mengutamakan penggunaan LCD dalam model laptop mereka. Prototaip laptop ini ditunjukkan kepada Radio Shack. Radio Shack bersetuju untuk membuat laptop yang direka oleh mereka. Setahun kemudian, Syarikat itu melancarkan sebuah laptop yang bernama TRS-80 model 100. TRS-80 model 100 ini berbentuk seperti mana laptop yang digunakan pada masa kini. Pada tahu 1986, syarikat ini mengeluarkan model baru iaitu TRS-80 Model 200.

Pada tahun 1988, keluar laptop baharu yang berjenama Compaq dan laptop dari NEC memanggil NEC Ultralite. Pada tahun 1989, perjualan laptop menjadi lebih tinggi. Syarikat apple mengeluarkan laptop mudah alih yang diberi nama sebagai macintosh. Akhir sekali syarikat Compaq mengeluarkan sebuah laptop yang dipanggil Compaq LTE.

Laptop tidak terhenti sampai disitu.Pada masa kini laptop berkembang sehingga mempunyai banyak ciri yang boleh digunakan.