Pasti anda sedar, sesetengah skrin telefon pintar mempunyai paparan yang lebih halus, lebih cantik dan berkualiti serta tidak jemu mata memandang. Kenapa?
Jika anda mempunyai beberapa pilihan telefon pintar dengan saiz skrin yang sama, apa kata anda bandingkan pula PPI telefon-telefon pintar tersebut sebelum membuat pilihan.
Apakah itu PPI? PPI merupakan akronim bagi pixels-per-inch. Pixel ialah nilai unit paling asas bagi warna yang dapat dipaparkan melalui paparan perkakasan digital seperti telefon pintar, komputer dan televisyen. PPI pula, dalam kata lainnya ialah jumlah pixel yang didapati dalam setiap 1 inci persegi paparan digital.
Kenapa PPI penting? PPI penting kerana, semakin banyak pixel di dalam setiap inci, semakin halus gambar, garisan, warna, dan fon tulisan di paparan telefon pintar anda. Pendek kata, nilai PPI yang tinggi menghasilkan kualiti paparan telefon yang lebih tinggi.
Perbandingan PPI antara Google Pixel 3 dan Samsung Galaxy S9
Berikut ialah perbandingan PPI bagi dua telefon pintar yang masing-masing mempunyai saiz skrin 5.8” iaitu Google Pixel 3 (PPI 439) dan Samsung Galaxy S9 (PPI 567.53)
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Waze – Tekan di sini
Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini