shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tanda-tanda Anda Perlu Tukar LCD

Bacaan 2 minit

Telefon adalah sebuah peranti elektronik yang di gunakan pada masa kini. Telefon mempunyai banyak jenama. Pada masa kini telefon di reka dengan menyentuh skrin. Skrin yang digunakan adalah skrin LCD. Sekiranya berlaku kerosakan kepada LCD anda ia akan mengganggu kerja anda.Di sini, ingin memberitahu tanda-tanda perlu tukar LCD telefon pintar anda.

Garis

Garis pada LCD akan menampakkan satu garis atau lebih yang bewarna. Garis ini akan menggangu sentuhan anda pada skrin. Selain itu, garis ini juga menyakitkan pandangan mata anda. Sekiranya, anda mempunyai masalah ini hantar ke pakar seperti kami.

Ghost touch

Ghost touch bermaksud skrin LCD bergerak sendiri seolah macam anda menyentuhnya. Ghost touch terjadi akibat masalah LCD sama ada terhentak atau masalah daripada kilang. Ghost touch ia akan mengganggu proses anda melakukan kerja. Sekiranya anda tengah bermain permainan video ia akan menyebabkan anda melakukan kerja yang lain tanpa anda menyuruhnya.

Skrin tidak boleh sentuh

Ini masalah yang paling bahaya.Telefon pintar pada masa kini sepenuhnya menggunakan skrin untuk melakukan proses kerja, melihat video, menghubungi orang, melayari internet dan lain-lain. Masalah ini terjadi akibat telefon anda terkena tekanan yang tinggi seperti jatuh dari tempat yang tinggi. Sesetengah telefon tidak menunjukkan yang skrin LCD rosak tetapi ia mempunyai masalah yang lain.

Skrin retak

 

Sekiranya skrin anda retak sahaja ia tidak menjadi masalah. Anda boleh sahaja memakainya. Sekiranya skrin anda retak tambah pulah tidak mengeluarkan paparan yang sepatutnya. Ini perlu melakukan pertukaran kepada LCD. Sekiranya, ia Cuma retak sahaja tapi masih boleh sentuh ia hanya perlu menukarkan glass pada LCD anda. Pertukaran glass hanya sesetengah telefon sahaja.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waze – Tekan di sini

Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini