Graphic chipset merupakan komponen yang sangat penting pada komputer kerana ia adalah untuk mengeluarkan display pada komputer kita. Untuk Desktop, ia dipanggil graphic card, manakala untuk laptop ia dipanggil graphic chipset.
Di antara tanda-tanda graphic chipset bermasalah adalah:
1. Stuttering.Â
Jika graphic chipset ini bermasalah, anda dapat melihat Windows anda stuttering. Tetapi ada kemungkinan untuk komponen lain yang bermasalah, sebagai contoh, hard disk ataupun RAM.
2. Glutches.Â
Jika anda sedang bermain game, dan kemudian display anda mula berubah dan warna menjadi warna lain, ini merupakan tanda chipset anda bermasalah. Kadang-kadang, selepas reboot komputer, ia kembali normal.
3. Blue Screen.
Jika komputer anda belum sempat untuk loading Windows, dan blue screen terjadi, salah satu komponen yang boleh menyebabkan masalah ini adalah graphic chipset. Setiap kali restart, benda yang sama terjadi, bermakna anda perlu menukar chipset anda.
4. Autoshutdown
Autoshutdown merupakan salah satu tanda yang selalu berlaku. Jika kurang daripada 5 minit, laptop terpadam secara automatik itu bermakna chipset anda telah rosak, dan perlu segera ditukar untuk anda dapat menggunakan komputer anda.
5. No display.
Jika anda plugged in charger, dan lampu menyala, tetapi apabila anda on laptop, dia hanya keluar lampu sahaja, tanpa sebarang display pada skrin, ini merupakan tanda laptop anda telah rosak sepenuhnya.