Hard disk merupakan pusat simpanan data dalam sebuah komputer. Cuba bayangkan, semua data penting anda tiba-tiba hilang. Menangis darah pun semua technician dekat kedai tidak dapat membantu untuk kembalikan data anda yang hilang. Jadi untuk mengelakkan perkara itu berlaku, anda perlu tahu simptom atau tanda-tanda hardisk nak rosak:

 

1. Komputer atau Laptop slow

Simptom ni salah satu tanda hard disk anda mula nak rosak. Pernah tak rasa sakit hati bila tunggu windows untuk startup memakan masa selama sejam tapi tak masuk-masuk. Bila buka words tunggu 10 minit baru loading, Jika perkara ini berlarutan bermaksud besar kemungkinan Hard Disk anda bermasalah.

2. Hard disk komputer atau Laptop mula keluarkan bunyi aneh selepas ON

Untuk pengguna laptop, senang kalau nak dengar bunyi. Bila laptop ON, anda angkat laptop, lepas tu dengar dari belakang laptop. Kalau hard disk normal, takkan dengar bunyi aneh sebab dia berputar dengan lancar. Tapi, bila dia mula nak rosak, anda mungkin akan dengar bunyi seperti ada sentakan pada hard disk.
Tapi kalau pengguna PC agak susah sikit nak dengar bunyi. Anda kena membuka casing PC untuk dengar bunyi itu. Itupun kalau anda dapat dengar sebab kadang bunyi kipas processor PC lebih kuat dari bunyi hard disk.
3. “Operating System Not Found.”

Kalau komputer anda keluar error, perkara ini berlaku disebabkan malasah Windows atau masalah hard disk, jadi anda dinasihatkan untuk format PC anda. Jika tiada masalah dan kembali ok, bermakna itu masalah OS. Tapi kalau tidak boleh format sebab hard disk tidak dapat detect. Itu bermakna hardisk anda telah rosak. Jadi nasihatkan untuk sentiasa backup fail-fail penting untuk tidak berlaku sebarang kehilangan.

4. Blue Skrin

Blue skrin ini boleh terjadi dalam macam-macam situasi.

1-   On terus keluar blue skrin

2-   Dah start, window dah keluar tiba-tiba blue skrin

3-   Kadang-kadang tengah guna computer buat kerja, keluar blue skrin

Jika tanda-tanda diatas dialami oleh komputer atau laptop anda, anda dinasihatkan untuk backup data penting sebelum terlambat. Tapi jika anda masih dapat elakkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk berjumpa technician yang berpengalaman untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang diahadapi oleh laptop atau komputer anda.