Peranti elektronik seperti telefon tidak di cipta untuk berada di dalam air terlalu lama. Tiada lagi telefon yang boleh masuk dalam air selama-lamanya. Telefon hanya bertahan pada masa yang di berikan sahaja. Peranti telefon dengan air ibarat api dengan air tidak boleh bersatu. Di sini akan mengajar sedikit tip untuk melindungi telefon anda terkena renjisan air. Sesetengah telefon apabila terkena renjisan air terus berlaku kerosakan.

1.Gunakan waterproof phone case

Kebanyakan phone case bergini ia akan membuatkan telefon tersebut kedap air dan kedap udara. Case macam ini memang dicipta sedemikian rupa. Cara menggunakannya anda hanya perlu mengambil telefon anda dan letakkan di dalam casing telefon tersebut. Tetapi ia tidak dapat menghalang 100% air yang akan masuk. Ia akan menghalang sedikit sahaja.

Sekiranya anda menggunakan case ini ia aka nada sedikit kekurangan iaitu suara yang di keluarkan pada telefon menjadi kurang dengar. Ia di sebabkan oleh case yang menutup semua saluran udara. Tapi kelebihan pada casing ini amat bagus ia dapat menahan dari kotoran,pasir dan hujan. Jika anda rasa anda seorang yang lasak anda boleh menggunakan phone case ini.

Sekiranya anda mahu membeli waterproof case tersebut anda mesti melihat ciri-ciri ini:

Kedalaman phone case untuk masuk air- Ciri-ciri ini yang patut anda pandang dahulu ia akan membolehkan anda mengetahui paras mana case anda untuk masuk kedalam air tersebut.

Masa phone case di dalam air- Yang ini juga penting, selalu orang akan merendam telefon mereka kedalam air untuk jangka masa yang lama jadinya ciri-ciri ini boleh di lihat dan diingati.

Jaminan untuk kalis air- yang ni amat penting tidak semua waterproof case dapat menghalang air. Sedangkan case yang mahal hanya menghalang beberapa percent sahaja. Kalau anda membeli yang murah ia tidak akan selamatkan langsung telefon anda untuk masuk kedalam air.

  1. nano coating

Nano coating berfungsi untuk meletakkan telefon anda di dalam ruang vakum.Ia akan membentuk satu lapisan yang akan menghalang renjisan air sahaja. Nano coating ini akan menghalang telefon anda dari terkena rejisan air hujan.

Pada masa kini tiada lagi company yang akan mengatakan bahawa telefon mereka adalah kalis air 100% dan tiada lagi company yang betul-betul mengatakan hiasan yang boleh menghalang masuk kedalam air 100%. Sekiranya, anda tidak mahu mengeluarkan pembelajaan yang besar anda boleh mengikuti tip di atas tetapi tidak di galakan membawa telefon anda masuk kedalam air.