MRFIX - Baiki fon dan laptop

TIP-TIP PENJAGAAN ADAPTER LAPTOP

Bacaan < 1 minit

Banyak tip-tip untuk menjaga laptop, kali ini tip penjagaan adapter laptop pula. Disini ada beberapa penjagaan untuk adapter laptop anda supaya tahan lebih lama.

  • Mula-mula mesti menggunakan charger yang di berikan atau khas yang di sediakan untuk laptop tersebut.
  • Jangan cas terlalu lama.Ini boleh menyebabkan adapter anda terlalu panas. Sekiranya, adapter terlalu panas ia akan merosakan adapter tersebut dan laptop. Adapter tidak boleh diletakan di permukaan yang memerangkap haba seperti tilam,sofa dan jenis berkain.
  • Dinasihatkan supaya tidak cas laptop melebihi 100% dalam keadaan yang lama. Elakkan cas laptop melebihi 4 ke 5 jam.
  • Sekiranya anda ingin menggunakan adapter untuk cas bateri. Dinasihatkan supaya laptop anda di off. Jika anda ingin menggunakan laptop menggunakan bateri, cabutlah adapter tersebut. Sekiranya menggunakan adapter cabutlah bateri tersebut.
  • Jangan sesekali membawa adapter tersebut di pemukaan berair.Elakkan adapter tersebut terkena di tempat yang tajam seperti bucu meja. Ia akan menyebabkan kabel adapter luka.Simpanlah wayar adapter dengan kemas supaya tidak berlaku kabel adapter luka.