Setiap manusia di atas muka bumi ini mempunyai telefon pintar.Tidak kisahlah dari jenama apapun.Telefon pintar menjadi satu keperluan asas yang amat penting pada masa kini. Telefon pintar boleh buat bermacam-macam kerja seperti mendengar lagu, melihat video, chat dengan kawan, boleh menghubungi orang yang jauh dan banyak lagi.Kali ini,menceritakan tip-tip penjagaan bateri telefon.

Cas 3 jam.

Pada permualaan penggunaan bateri selepas anda menukar atau membeli bateri baharu. Hendaklah anda cas selama 3 jam. Ini kerana bateri yang baru sudah lama disimpan dan perlu di alirkan elektrik secukupnya.Motherboard juga perlu menyesuaikan dengan bateri baharu tersebut.Apabila ia mengambil cas selama 3 jam buat kali pertama ia akan dapat memanjangkan lagi jangka hayat bateri.

Overcharge

Perkara ini nampak tidak ada apa apa sekiranya anda overcharge. Sebenarnya banyak perkara akan berlaku pada bateri dan motherboard anda. Sekiranya, anda terlebih cas pada waktu yang ditetap bateri anda boleh menjadi kembung dan jangka hayat bateri akan berkurangan.

Jangan biarkan bateri menjadi kosong

Ini lagi satu perkara yang nampak biasa sahaja.Sebenarnya, perkara ini boleh menyebabkan bateri anda tidak boleh di cas. Selepas itu, bateri anda akan menjadi kong sehingga anda tidak boleh untuk hidupkan telefon anda.Bateri telefon juga seperti bateri kereta apabila lama tidak cas ia akan menjadi kong dan memerlukan jumper. Bateri jumper kebanyakan hanya boleh digunakan untuk mode iphone sahaja.

Jauhkan pada tempat yang panas

Bateri adalah sebuah penyimpanan kuasa elektrik yang sangat sensitif. Sekiranya anda cas di tempat yang panas bateri boleh meletup.

Elakkan cas telefon dalam kereta

Ini tabiat pengguna pada masa kini. Cas dalam kereta memang memudahkan anda tetapi ia mempunyai risiko yang akan membuatkan bateri telefon anda akan rosak.Selain daripada bateri yang rosak motherboard juga boleh rosak. Arus yang masuk ke dalam telefon anda tidak menentu .