MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips apabila telefon pintar anda termasuk dalam air

Bacaan 2 minit

Assalamualaikum, pada kali ini, saya akan kongsikan 5 Tips yang perlu anda ikuti supaya telefon pintar anda dapat bertahan sekiranya peranti ada tersebut terkena air. Telefon pintar akan mudah rosak apabila kita tidak berbuat apa-apa dan membiarkan telefon pintar anda terus terendam di dalam air. Antara tips yang pertama ialah;

1.) Jangan Panik

apabila anda panik, kemungkinan besar akan menyebabkan kerosakan lebih teruk pada peranti anda,

2.) Jangan cuba menghidupkan telefon pintar anda.

Langkah pertama ini adalah sangat penting bagi menjaga komponen-komponen elektrik di dalam peranti daripada rosak.

Malah, sekiranya peranti anda masih hidup selepas terkena air, anda dinasihatkan untuk mematikan peranti secepat mungkin.

3.) Keluarkan kad mikroSD dan kad SIM sekiranya ada.

Jika anda menggunakan kad SIM dan kad mikroSD, pastikan anda keluarkan keduanya daripada slot masing-masing.

Ini bertujuan peranti dikeringkan dengan sempurna selain mengelakkan kerosakan berlaku pada kad mikroSD atau kad SIM.

4.) Cuci peranti dengan air yang bersih.

Sekiranya telefon pintar anda terkena kuah kari, atau selain dari air yang bersih, anda dinasihatkan untuk mencuci peranti anda itu terlebih dahulu dengan air, supaya peranti anda kekal bersih daripada kekotoran.

5.) Keringkan kawasan luaran peranti dengan kain lembut atau kertas tisu.

Keringkan peranti anda menggunakan sebarang bahan yang sesuai seperti kain lembut atau kertas tisu, namun jangan sesekali gunakan bahan seperti kapas atau putik kapas.