MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips cas phone dengan betul tanpa rosakkan bateri phone.

Bacaan 2 minit

Kita sering tertekan dengan masalah bateri peranti yang gagal bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi menyelesaikannya, kita seringkali mencari sebarang cara atau tips untuk menjimatkan penggunaan bateri dalam kegunaan seharian peranti

Jadi cara yang terbaik untuk guna smartphone agar lebih tahan lama sekarang ni adalah dengan mem-ngecasnya dengan betul. Berikut adalah cara yang betul :

 

1. TANGGALKAN PERANTI APABILA IA DICAS SEPENUHNYA

Meninggalkan telefon dipasang apabila ia dicas sepenuhnya seperti pengguna cas telefon semasa tidur, tidak baik untuk bateri dalam jangka masa panjang. Sebaik sahaja telefon pintar pengguna mencapai caj 100%, ia masih lagi akan mendapat aliran cas yang kecil untuk mengekalkan nilai 100%.

 

2. JANGAN CAS PERANTI SEPANJANG MASA

Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.

Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri peranti untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.

Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

 

3. TANGGALKAN SARUNG PERANTI KETIKA MENGECAS

Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.

Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.

 

4. ELAKKAN FAST CHARGING.

Banyak telefon baru keluar sekarang menyokong teknologi fast charging. Teknologi ni membolehkan pengguna cas bateri dari 0% ke 100% dalam masa yang singkat. Ia memang bagus untuk menjimatkan masa, tapi sebenarnya ia tidak bagus untuk bateri.

Apabila fast charging aktif, bateri akan menerima voltage & current yang lebih tinggi dari biasa; ini akan menyebabkan suhu bateri cepat panas. Suhu yang terlampau tinggi tidak bagus untuk bateri smartphone & akan mengurangkan jangka hayat bateri dengan cepat.

 

5. ELAKKAN PERANTI TERDEDAH DENGAN SUHU YANG TERLALU TINNGI ATAU RENDAH

Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah. Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.

 

Diharapkan perkongsian perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para pembaca. Jika ada mengalami masalah bateri, anda boleh datang ke kedai kami:

MRFIX BANDAR BARU BANGI
(SMARTPHONE & MACBOOK REPAIR SPECIALIST)

No.50, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Beroperasi setiap hari
Waktu operasi : 10.00am – 9.00pm

Atau hubungi kami di;

0189886531