Anda semua pasti tahu bahawa, Mobile Legends kini semakin mendapat tempat di hati pemain permainan MOBA(Multiplayer Online Battle Arena).
Jika sebelum ini ada yang gemar bermain DOTA, mereka dilihat perlahan-lahan beralih kepada permainan Mobile Legends, kerana ia dimainkan pada platform telefon pintar yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Mahupun dari peringkat umur ynag muda, MLBB juga tidak terlepas dari peringkat umur yang sudah meningkat usia.
Jadi bagi korang yang ingin mencuba permain ini, sini saya sharekan beberapa tips untuk korang.
- Internet connection kena stabil
Ini perkara paling penting. Pastikan korang bermain dengan sambungan internet yang stabil dan sebaiknya menggunakan Wi-Fi. Kita tidak mahu permainan korang terjejas kalau tiba-tiba korang lost connection dalam game.
- Mahir/kuasai hero yang sesuai
Korang sebagai pemain baru, korang mesti mahir sekurang-kurangnya saru hero dalam ML ni. Ini untuk pastikan Korang mampu untuk maju lebih tinggi dalam rank. Oleh itu, korang carilah hero yang bersesuaian dengan korang dan paling penting, fahamkan skil-skil hero tersebut. Hero yang korang pilih mestilah bersesuai dengan apa yang korang suka, dari segi;
Tank – Menyerap lebih serangan daripada lain, sesuai untuk mulakan serangan
Marks dan Assassin – Mempunyai serangan yang terbaik, tetapi nyawa yang sedikit lemah. Sesuai untuk musnahkan menara.
Mage – Skill membunuh yang terbaik tetapi nyawa yang sedikit lemah, hati-hati bila gunakan ia.
Fighter – Bergantung kepada senjata yang digunakan, kadang kala boleh jadi beban kepada team.
- Tentukan build item hero yang sesuai
Selain daripada skil bermain, pembelian item juga penting dalam memastikan hero korang beraksi dengan hebat.
Item yang korang pilih mestilah sesuai dengan hero korang tau. Jangan hero fighter pergi pakai hero marksman punya item. Jadi korang kena bijak dan pilih item yang betul untuk hero korang.
- Selalu perhatikan mini map
Perhatikan map sangat penting dalam game ni. Pemain yang tidak pernah memperhatikan mini map ini boleh dikatakan “Buta Map”.
Buta map bermaksud di sini korang tak akan pernah tengok map dibahagian atas sebelah kiri, sehinggalah korang tak akan tahu mungkin ada enemy hero yang berdekatan. Dan lebih teruk lagi, korang tidak tahu keadaan menara korang yang diserang. Dan perkara ini akan menjejaskan permainan anda dalam game.
Oleh itu, sangatla penting buat korang untuk sentiasa perhartikan mini map untuk menang dalam game ni.
- Fokus pada turret, bukan kill
Perkara ini juga sangat penting apabila korang lalai dan taksub untuk kill enemy sedangkan untuk memenangi game ni mestilah dengan menghancurkan turret.
Korang perlu fokus hancurkan semua turret musuh untuk menang dalam game ni. Jangan taksub sangat ingin mendapatkan kill.
- Pentingkan teamwork
Seperti yang korang sedia maklum, game ML merupakan permainan perlawan antara 5 player. Jadi tersangatlah penting bagi korang untuk sentiasa pentingkan teamwork. Korang jangan melulu seorang diri, dan sentiasa bekerjasama dengan team korang untuk mencapai kemenangan.