shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips main PUBG untuk beginners

Bacaan 3 minit

Demam PUBG Mobile makin menjadi-jadi dengan 10 juta pemain yang aktif. Ini bermaksud korang boleh main setiap game tanpa mengira waktu.
Tapi kalau main lama-lama tanpa taktik dan strategi yang betul pun tak guna juga kan? Setiap perlawanan perlukan penelitian dan asas kefahaman pada setiap peta yang dimainkan contohnya Erangel, peta yang awal-awalnya kita kenal.
Boleh dikatakan pemain PUBG Mobile yang berpengalaman akan tahu di mana lokasi untuk terjun setiap kali perlawanan. Kalau korang baru nak main, anggaplah ni macam panduan untuk terus bertahan dan menang perlawanan di peta tersebut.

1. Cari lokasi baik untuk terjun

Sama seperti game battle royale yang lain, PUBG Mobile Android juga memiliki misi pertama iaitu melakukan pendaratan di lokasi yang korang pilih.
Erangel adalah peta besar yang menggabungkan kawasan urban dan open space seperti hutan, bukit dan padang. Skala dan kepelbagaian bentuk muka bumi antara sebab kenapa ia masih lagi menjadi peta popular dalam permainan mudah alih ini.
Kunci utama dalam melakukan pendaratan ialah memastikan lokasi yang korang pilih tidak dihampiri ramai musuh.
Jika korang buat macam tu pada awal permainan sangat menguntungkan.

 

2. Segera loot bangunan yang berhampiran

Tempat paling baik untuk loot ialah Pochinki, the School dan Military Base – bermakna ia juga adalah lokasi paling popular untuk pemain terjun dan korang akan saksikan pertempuran berlaku dalam lima minit pertama.
Ambil semua item di sekitar korang jika perlu, pilih senjata-senjata terbaik, peluru, armor, medical kit dan item-item lain.
Pada awal game, korang tak perlu untuk memilih senjata, jika jumpa pistol sekalipun korang ambil saja. Setidaknya korang boleh bertahan dari serangan musuh.

 

3. Utamakan item defense dan medical kit
Jangan lupa untuk tingkatkan item defense korang, seperti helmet dan vest. Jangan dilupakan juga, medical kit, bandage, energy drink dan painkiller.
Medical kit ni macam second life korang la, energy drink dan painkiller pula bantu korang tenaga, jadi kalau nak lari laju-laju boleh la guna.

4. Jangan bar-bar kalau tidak yakin

Ramai yang terbabas awal dalam permainan kerana terlebih confident dalam pertarungan. Teknik barbar (tembak jarak dekat tanpa perlindungan) adalah berisiko tapi ganjaran dia besar.
Namun, sebagai pemain baru, korang perlu engage hanya bila yakin boleh dapat kill itu. Kalau dari jarak jauh pun, sebenarnya menduga juga untuk snipe tapi korang boleh dedahkan lokasi kepada pemain lain berdekatan.
Pemain PUBG Mobile yang handal akan guna notifikasi peta untuk tahu di mana tembakan datang dan macam mana nak jejak tapak kaki pemain lain.

 

5. Selalu perhatikan Map

Dalam map ni ada macam-macam zone. Antaranya Blue Zone, area ni area yang paling bahaya sebab dia akan tarik nyawa korang kalau korang ada dalam kawasan zone tu. Dan zone ini akan sentiasa mengecil mengikut masa yang ditetapkan.
Sementara Red Zone pula kawasan bahaya yang dimana bom akan sentiasa jatuh dan boleh buat korang mati serta merta.
Selain itu, ada Safe Zone iaitu zone yang selamat dari zone biru. Kalau korang tengok dalam map, safe zone merupakan lingkaran yang berwarna putih.

 

6. Pilih kawasan yang tinggi

Selain itu, strategi yang biasa dipakai oleh pemain PUBG Battlegrounds Mobile ialah dengan memilih lokasi tertinggi dalam safe zone.
Perkara ini sering berlaku jika safe zone terakhir berada di kawasan pegunungan atau perbukitan.
Jadi, kalau korang mahu membuat hal yang sama, korang perlulah mempunyai senjata yang terbaik seperti menggunakan sniper rifle tipe AWM dengan scope x8, dijamin senang korang nak kill musuh.

Okey, itu antara tips yang boleh kami kongsikan. Harap tips yang dikongsikan mampu membantu korang bermain PUBG games dengan lebih mantap.
Yang paling utama dalam permainan game ini adalah taktik yang baik. Ia boleh membolehkan korang menang chicken dinner!