Pada postingan kali ini, kami akan kongsikan tentang cara memilih kabel untuk pengecasan yang berkualiti. Pemilihan kabel yang berkualiti memainkan peranan dalam menentukan ketahanan peranti anda. Walaubagaimanapun, pemilihan kabel juga berdasarkan bajet dan kemampuan kita dalam membeli. Mengapa pemilihan kabel yang berkualiti memainkan peranan dalam menentukan ketahanan peranti anda? hal ini kerana ia berkait dengan power transmission atau peralihan kuasa. peralihan kuasa ini sangat-sangat penting dalam menentukan ketahanan peranti anda untuk kekal bertahan lama dan tidak mudah cepat rosak. Secara ringkasnya, jika voltan yang diterima adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia berpotensi untuk merosakkan peranti anda kerana pemindahan arus yang salah dan tidak sesuai.
Secara amnya kita perlu mengetahui berapa arus dan voltan yang diperlukan untuk menyokong pengecasan pantas. Pengecasan pantas bergantung kepada teknologi pengeluar sesebuah kabel. Namun, kebanyakannya memilih jenis kabel 3A di mana ia mampu menyokong sehingga pengecasan 60W. Bagi kabel untuk tablet atau iPad, adalah lebih sesuai memilih kabel 5A yang menyokong sehingga 100W.
Bagaimanakah cara untuk memilih kabel yang berkualiti?
Memilih kabel yang berkualiti adalah penting untuk memastikan ketahanan peranti anda supaya tidak mudah rosak.
Memilih kabel yang paling utama adalah dengan memastikan kabel yang dibeli adalah berjenama berbanding warranty. Hal ini kerana warranty hanya menyokong penukaran kabelnya sahaja dan bukan penukaran peranti anda.
Pemilihan kabel berjenis nylon braided.
Penggunaan nylon braided ini lebih terarah kepada penggunaan harian yang semaksimanya seperti dengan kegunaan untuk aktiviti harian yang memerlukan kabel yang lebih berkualiti ini. Hasilnya, penggunaan kabel berjenis nylon braided ini ternyata lebih bertahan lebih lama kerana kabel berjenis nylon braided ini tidak mudah rosak dan terpotong berbanding kabel berjenis getah yang biasa.