MacBook ni seperti yang kita sedia maklum, sebuah peranti yang mahal, tapi sangat power dan banyak fungsinya. Walaupun mahal, ia tidak bermakna MacBook ni anti-kerosakkan, anti-penurunan kelajuan dan anti-kebakaran. Ia juga sebuah peranti elektronik yang perlu belaian kasih sayang dan bila sampai masanya, mesti akan meragam.

Di sini, kami nak kongsikan 6 tips penjagaan MacBook yang anda boleh ikuti bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah MacBook.

1. Selalu Backup Data Anda

Selalu amalkan untuk backup data anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pernah ada customer MrFix, pernah tak backup langsung data mereka untuk berbulan bulan. Sekali bila dah rosak hard disk dia, menangis tak berlagu customer kami. Jadi amalkan backup data secara kerap. Simpan data penting seperti gambar, video, dokumen di external hard disk, ataupun cloud storage. Tak rugi pun selalu backup, tapi rugi kalau tak backup langsung.

2. Matikan Utiliti dan Servis Yang Run di Background

Wi-Fi tak pakai? Tutup! Bluetooth tak pakai? Tutup juga! Printer, dan segala background apps yang run apa bila kita on MacBook kita tu, kalau tak penting, tutup sahaja. Ia boleh mengurangkan prestasi MacBook anda. Setiap apps yang run akan makan RAM dan CPU, tu yang asyik panas MacBook anda tu.

3. Install Software Anti-Malware

Ramai yang beranggapan yang Mac ni anti kepada segala jenis malware. Maaf ya, ia mitos semata-mata. Tiada device yang selamat dari segala jenis malware. Dengan semakin popularnya MacBook ni, tak mustahil malware pun semakin mudah untuk jangkit. Jadi install la software Anti-Malware yang bagus. Kalau boleh, install la Anti-Malware premium, berbayar pun tak apa, janji MacBook kita sehat.

4. Buang File Lama Yang Tidak Atau Jarang Digunakan

File-file yang jarang digunakan jangan la biar ia bersawang didalam MacBook anda. Tak pakai, delete sahaja. Kalau rasa sayang nak buang, simpan dalam external hard disk atau cloud storage seperti iCloud. MacBook ni tak besar ruangan storan dia. Pastikan MacBook anda ada sekurang-kurangnya 10% ruangan storan yang tidak digunakan bagi menjamin kelancarannya. Lagi besar ruang storan yang tak terpakai, lagi bagus.

5. Pastikan Deskop Anda Tidak Serabut

Satu tabiat yang tak berapa bagus ialah dengan meletakkan begitu banyak apps, folder, dan dokumen di desktop. Percaya atau tidak, setiap icon yang ada di desktop akan memerlukan RAM untuk memaparkan icon tersebut di desktop. Tak salah untuk ada beberapa apps, folder atau dokumen di desktop anda, tapi kalau boleh kurangkan, lagi sikit icon lagi bagus.

6. Tutup Apps Yang Anda Tak Gunakan

Bila dah habis pakai apps tu, tutup la kan? Tapi kadang kala kita terlupa, dan hanya minimize sahaja apps tersebut di dock. Nampak cool je kan bila apps tu di-minimize di dock anda. Tapi tak kita sedar, apps yang kita minimize tu masih lagi makan RAM dan CPU. Ia memberikan kesan yang mana MacBook kita panas, dan mula slow.

Mudah kan nak jaga MacBook? Amalkan tips yang MrFix kongsikan ni, mesti MacBook anda sentiasa sihat. Kalau tak sihat MacBook anda, jangan risau, MrFix ada untuk membantu.