shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips Penjagaan Bateri iPhone

Bacaan 3 minit

Bateri adalah salah satu komponen utama dalam iPhone. Dengan penjagaan bateri yang baik akan memanjangkan jangka hayat sesebuah iPhone.

Bagi pengguna telefon pintar, anda harus maklum bahawa bateri iPhone ada jangka hayat. Jika sudah sampai tempoh anda perlu membuat penukaran bagi mengekalkan prestasi iPhone.

iPhone bateri kembung

Langkah penjagaan bateri iPhone

  • Cas iPhone dalam mod Airplane atau ditutup terus. Dengan mod ini bateri iPhone akan di cas selaju mungkin tanpa gangguan sistem yang beroperasi.
  • Jangan menggunakan iPhone anda sewaktu membuat pengecasan. Ramai yang menggunakan iPhone sambil mengecas. Ini akan memendekkan jangka hayat bateri anda.
  • Kurangkan menggunakan mod mobil data. Jika ada WiFi gunakan WiFi. Penggunaan iPhone dalam mod mobil data sebenarnya akan menggunakan lebih kuasa bateri.
  • Pastikan mobil data anda stabil dan tidak kerap bertukar daripada mod 4G kepada 3G. Secara umumnya, jika anda berada di kawasan yang mobil datanya tidak stabil akan membuatkan iPhone menggunakan bateri lebih daripada biasa.
  • Kurangkan pengecasan di dalam kereta. Ini yang ramai pemandu di Malaysia lakukan, tak ada masa untuk cas iPhone dekat rumah. Voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil dan berkemungkinan boleh merosakkan papan induk iPhone anda.
  • Jangan cas berlebihan dan tinggalkan iPhone dalam keadaan mod pengecasan 100%. Mengecas waktu tidur semalaman tidak digalakkan. Jika anda berterusan mengecas begini, lama-kelamaan bateri pada iPhone anda akan kembung dan secara tak lansung anda akan nampak paparan skrin sedikit terangkat. Risiko bateri meletup sangat tinggi jika bateri sudah kembung.

Berikut antara perkara-perkara yang anda harus ambil tahu. Jika iPhone anda sudah kembung, atau sudah tidak tahan sewaktu awal-awal beli iPhone dulu, anda boleh berkunjung ke kedai kami untuk membuat pemeriksaan dan juga penukaran dengan kadar segera.

Semak tahap kesihatan bateri anda di dalam tetapan (Settings). Masuk ke dalam Settings – Battery – Battery Health (untuk iOS 12 ke atas). Jika ianya menunjukkan kesihatan bateri pada tahap 75% dan ke bawah, anda dinasihatkan untuk membuat penukaran dengan kadar segera.

Untuk bacaan lanjut anda boleh buat bacaan di artikel yang diterbitkan oleh pihak Amanz https://amanz.my/2018163373/.

Ini kerana apabila bateri iPhone anda berada pada 75% dan ke bawah, secara automatik iOS akan memperlahankan pemprosesan iPhone anda tersebut bagi mengelakkan iPhone anda rosak.

Jadi waktu ini anda akan terasa iOS macam agak sedikit lembap berbanding iPhone dengan tahap kesihatan bateri lebih daripada 75%.

Diskaun 20 peratus penukaran bateri iPhone untuk pembaca setia blog MRFIX Gadgets

Bagi pembaca setia kami yang membaca artikel ini, pihak MRFIX Gadgets akan berikan diskaun sebanyak 20%. Hanya perlu tunjukkan artikel ini kepada juruteknik MRFIX untuk menikmati diskaun yang kami tawarkan ini.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waze – Tekan di sini

Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini