Bateri laptop merupakan komponen terpenting terhadap laptop / komputer anda. Hal ini kerana tanpa bateri, semestinya kita tidak akan dapat menggunakan laptop kita. Kami di MrFix akan berkongsi beberapa tips penjagaan bateri Laptop.

  • Jangan biarkan bateri berada di tempat yang panas.

    Suhu yang tinggi juga boleh memberi kesan yang negatif kepada bateri kita. Meskipun bateri kita boleh dikatakan tahan lasak, tapi ia agak lemah untuk menahan atau melawan haba. Bila laptop terlalu panas, matikan dan kemudian tanggalkan bateri. Kerana haba boleh “membunuh” bateri kita.

  • Bersihkan laptop anda sekali sekala.

    Tanggalkan bateri anda, dan lap menggunakan kain untuk buang semua habuk dan juga debu untuk memastikan ruang bateri anda bersih daripada sebarang kotoran

  • Kurangkan Charge Cycle.

    Setiap bateri akan ada limit charge cycle. Charge cycle adalah keadaan kita charge bateri kita yang cecah 0%, dan kita charge sehingga 100%. Setiap kali ia menyempurnakan satu cycle, kapasiti bateri kita akan berkurangan.

    Jadi untuk elakkan Full Cycle, charge bila bateri kita mula cecah 7-10% ataupun bila laptop kita mula notify bahawa bateri kita dah low, dan kita perlu menggunakan charger. Jangan biarkan 0% untuk elakkan kapasiti bateri berkurangan.