shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Laptop – Tips Penjagaan Bateri

Bacaan 2 minit

Pada zaman teknologi serba canggih sekarang, dikatakan hampir setiap rumah atau keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu laptop atau lebih. Oleh yang demikian, mereka hanya tahu sekadar menggunakannya, tetapi tidak mengambil berat langsung tentang penjagaaan laptop. Tetapi , betul-betul tahu jaga & memanjangkan jangka hayat sesebuah laptop tidak semua orang yang tahu..ada yang  baru pakai tidak sampai 6 bulan dah complain rosak itu , rosak ini.

Ada segelintir orang kata menggunakan laptop sambil ‘charge’ bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Ada juga segelintir pakar I.T. mengatakan menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri  di sebaliknya risiko merosakkan komponen laptop adalah lebih tinggi. contohnya, jikalau berlakunya “Black out” dan arus elektrik yang tidak stabil, ia akan merosakkan motherboard dan hardisk anda .Oleh itu, di sini saya ingin memberikan beberapa tips untuk penjagaan bateri laptop anda

Image result for bateri laptop"

Punca bateri laptop cepat rosak:

  1. Tidak mengecas buat pertama kali
  2. Bateri laptop jatuh dan terhempas
  3. Terlebih cas (overcharging)
  4. Tidak cabut bateri ketika menggunakan direct current (dc)
  5. Menggunakan laptop sambil charging

Image result for bateri laptop"

Cara mengelakkan kerosakan bateri dengan mudah:

  1. Digalakkan  mengecas bateri anda hanya apabila ianya telah mencecah lebih kurang 15% . Di sini, saya menggalakkan pengguna mengecas bateri laptop ketika laptop dalam keadaan power off agar bateri dapat kuasa yang mencukupi.
  2. Elakkan cas bateri terlalu lama.
  3. Sekiranya tidak menggunakan bateri laptop lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 50% power.Jika anda membiarkan bateri itu penuh tidak mustahil bateri  itu boleh membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waze – Tekan di sini

Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini