MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

Bacaan 3 minit

Bateri merupakan komponen terpenting bagi sesebuah telefon pintar untuk dijaga supaya ketahanan sesebuah peranti telefon pintar lebih lama. Kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan bateri telefon pintar yang boleh anda ikuti dalam menjaga bateri telefon pintar anda. Kami di MrFix Bandar Baru Bangi dapat menyelesaikan masalah anda sekiranya bateri telefon anda kembung, bateri cepat habis dan panas dan sebagainya. Perkhidmatan membaik pulih di mrfix akan dapat diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja. Berikut merupakan tips penjagaan bateri telefon pintar.

 

1.Kurangkan tahap kecerahan pada skrin telefon pintar anda.

anda digalakkan untuk menurunkan tahap kecerahan di telefon pintar anda dalam 30-40 peratus. Pada kecerahan seperti yang disebut tadi sudah memadai untuk anda melihat maklumat pada display telefon pintar anda. Penggunaan auto-brightness juga adalah digalakkan bagi penggunaan telefon pintar secara outdoor.

Kecerahan pada telefon pintar

2.  Gunakan Charger adapter yang berkualiti

lambakan adapter yang murah yang senang untuk didapatkan di pasaran, elakkan dari membeli adapter yang murah. Hal ini kerana, adapter yang murah atau tidak mempunyai sertifikasi yang sah, ditakuti output daripada adapter tersebut tidak stabil dan akan memberikan kesan sampingan pada bateri smartfhone anda. Jalan penyelesainnya adalah dengan membeli pengecas adapter yang berkualiti dan dijamin selamat agar bateri dan telefon pintar kita boleh digunakan dengan lama.

Adapter bagi sesebuah telefon pintar

3. Tidak digalakkan untuk mengecas telefon pintar anda secara kerap dalam sehari.

bateri anda tidak digalakkan untuk sentiasa penuh, bateri telefon hendaklah bekerja secara sendiri, nasihat kami, anda digalakkan untuk membuat pengecasan terhadap bateri anda dalam kadar 40-80 peratus untuk memanjangkan lagi jangka hayat bateri anda. Dengan pengecasan yang secara minima pada telefon pintar anda, ia dapat mengelakkan telefon pintar anda daripada rosak dan bermasalah.

4. Jangan gunakan charger port di dalam kerata.

pengecasan di dalam kereta secara kerap akan menyebabkan kerosakan pada motherboard phone anda. Selain itu juga output yang cas masuk kedalam telefon pintar anda tidak stabil. Hal ini juga disebabkan oleh kelajuan yang dihasilkan oleh kereta tidak stabil, voltage dengan current tidak stabil, kesannya output yang masuk kedalam telefon pintar juga tidak stabil.

Pengecasan di dalam kereta

Jika anda mengalami sebarang pertanyaan berkaitan masalah telefon pintar anda, anda boleh hubungi kami di nombor 0189886531.

Atau walkin kepada kami :

  • No 50 , Jalan 7/7A , 43650 , Bandar Baru Bangi , Selangor