Artikel kali ini akan menerangkan cara dan tips untuk penjagaan skrin laptop dan monitor . Teruskan membaca .

 

Penjagaan skrin laptop

 

  • Lindungi skrin dari benda yang tajam , seperti menunjuknya dengan pen atau pensil . Jika perlu , tunjukkan skrin dengan menggunakan pointer mouse untuk dijadikan sebagai penunjuk . Berbeza dengan skrin monitor yang diperbuat daripada kaca , skrin laptop diperbuat daripada gel yang sensitif .
  • Gunakan fungsi screensaver dan power management supaya skrin anda boleh berehat ketika laptop anda tidak digunakan . Fungsi ini akan berfungsi jika anda menggunakan screensaver yang mengelapkan skrin anda .

  • Pen , pensil dan jari dapat meninggalkan kesan comot pada laptop anda . Bagi menggelakkan skrin laptop anda comot , gunakan pointer mouse sebagai penunjuk .
  • Gunakan cecair dan kain pembersih yang tidak merosakkan skrin laptop . Cecair dan kain yang tidak sesuai akan membawa mudarat kepada laptop anda .

 

Penjagaan skrin monitor

  • Gunakan tisu atau kain lembap , lap debu dan kesan habuk pada permukaan skrin dan badan monitor .
  • Kesan degil boleh dibuang dengan cecair pecuci CD .
  • Vakum lubang udara dengan berus kecil .
  • Ubahsuai tahap brightness dan contrass pada tahap yang sederhana .
  • Jangan menutup lubang udara dengan kain perhiasan atau kain tebal .
  • Jarakkan monitor dan dinding sepanjang 20cm untuk laluan udara .

Jaga skrin laptop dan monitor anda sebaiknya .