shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Tips penjagaan skrin Laptop

Bacaan < 1 minit

Skrin laptop merupakan komponen terpenting bagi sesebuah laptop/komputer. Hal ini kerana, tanpa skrin, atau dengan skrin yang rosak,  kita tidak dapat melihat atau membuat sebarang kerja dengan sempurna.

Jom saya kongsikan langkah yang boleh kita praktikkan sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada berlaku kerosakan pada skrin laptop/komputer kita.

1. Jangan jatuhkan laptop.

Laptop amat sensitif terhadap hentakan. Terutama sekali pada bahagian skrin dan juga hard disk.

2. Pastikan tiada benda diatas keyboard sebelum tutup.

Kadang-kadang kita terletak pen atau pensil atau sebagainya, dan bila macam tak lepas nak tutup, kita paksa juga. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada skrin dan juga hinge laptop.

Takde masalah kalau nak letak alas keyboard, kain untuk elakkan skrin daripada calar.

3. Jangan tutup penutup ketika laptop panas.

Biarkan suhu laptop surut terlebih dahulu sebelum anda menutup penutup laptop. Suhu yang panas boleh menyebabkan timbulnya line pada skrin. Dan line ini akan bertambah semakin lama digunakan.

4. Letak laptop di tempat yang selamat.

Kadang-kadang haiwan peliharaan kita ataupun anak-anak kita berlari kesana kemari, dan bila kita letak laptop ditempat yang mudah terdedah kepada bahaya, dah jatuh pulak laptop tu.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi kami di 018988-6531 atau terus komen di ruangan komen dibawah.