Telefon pintar dan peranti lain seperti jam tangan pintar (smartwatch) dan tablet hanya akan berfungsi apabila mempunyai kuasa. Selain mengecas menggunakan soket, pengguna juga boleh mengecas peranti menggunakan power bank, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Power bank bertindak menyimpan tenaga elektrik setelah dicas dan boleh digunakan untuk mengecas peranti lain. Namun adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri power bank yang sesuai sebelum melakukan pembelian. Berikut ialah tips untuk memilih power bank yang bersesuaian:

1.Ambil tahu tentang saiz bateri, dan kapasiti pengecas yang boleh didapati pada badan pengecas atau kotak peranti anda. Perhatikan maklumat output seperti voltan (V) dan arus (A). Lihat contoh output pengecas Huawei: 5V dan 2A. 

 

Semak spesifikasi pengecas (Sumber gambar: TVC-Mall.com)

 

 

Jangan risau sekiranya power bank tersebut mempunyai output 5V 2.1A. Peranti anda tidak akan terlebih cas kerana ia hanya akan ‘menyedut’ sebanyak mana arus yang diperlukan sahaja. 

Namun begitu sekiranya nilai output adalah lebih rendah daripada yang diperlukan peranti anda, pengecasan tetap berlaku tetapi akan mengambil masa yang lebih lama. Sekiranya anda masih risau, terdapat juga power bank yang membenarkan pengecasan perlahan seperti Mi Power Bank Pro yang sesuai untuk peranti yang memerlukan arus yang sangat rendah seperti headset dan jam tangan pintar. 

 

Teknologi pengecasan perlahan Mi Power Bank Pro (Sumber gambar: Mi Malaysia)

 

2.Kenal pasti kapasiti bateri peranti anda. Sebagai contoh Oppo A9 (2020) mempunyai kapasiti bateri 5000 mAh. Power bank yang hendak dibeli hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kapasiti yang sama dengan kapasiti bateri peranti anda. Ini dapat memastikan peranti anda dapat dicas sekurang-kurangnya sekali.

 

Berikut ialah formula pengiraan anggaran berapa kali anda dapat mengecas peranti anda menggunakan power bank:

 

Anggaran berapa kali pengecasan dengan power bank yang penuh = Kapasiti power bank x 0.8 (angggaran pengecasan berlaku sebanyak 80% dalam satu-satu masa)/kapasiti bateri peranti

 

Contoh bagi power bank jenama Pineng dan peranti Oppo A9 (2020):

20,000 x 0.8 / 5000 = 3.2 kali

Jadi, mengikut formula ini, Oppo A9 (2020) dapat dicas sekurang-kurangnya tiga kali menggunakan power bank Pineng.

 

Spesifikasi peranti Oppo A9 (2020) dan power bank Pineng (Sumber gambar: GSM Arena dan Pineng)

 

3.Jika anda cenderung untuk mengecas beberapa peranti secara serentak, sila pastikan port pengecasan pada power bank dan kabel pengecasan adalah mencukupi. 

 

4.Untuk keselamatan, pastikan powerbank tersebut dilengkapi dengan pemutus arus atau protection IC yang dapat mengelakkan pengecasan berlebihan dan lintar pintas. Pemutus arus ini juga dapat meningkatkan jangka hayat bateri peranti anda.

 

5.Sekiranya peranti anda menyokong teknologi seperti pengecasan pantas Qualcomm, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membeli power bank yang mempunyai tekologi tersebut agar pengecasan adalah lebih pantas