shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Top 3 phone untuk gaming

Bacaan 2 minit

Dengan banyak permainan MOBA yang dilancarkan sekarang, mungkin korang memerlukan telefon yang sesuai untuk memberikan korang pengalaman yang hebat dalam games korang.

  1. Asus ROG Phone 3

Asus ROG Phone 3 tetap menjadi telefon dengan semua kelebihan yang diperlukan oleh gamer mudah alih sebabnya:

  • bateri 6,000mAh yang sangat besar (untuk sesi permainan lanjutan), dan layar AMOLED 144Hz yang licin, dalam ukuran besar 6,59 inci.
  • Specs yang paling tinggi itu, dengan kombinasi chipset Snapdragon 865 Plus, RAM hingga 16GB dan ruang storage yang banyak
  • Barang-barang aksesori fon ni sesuai untuk gamers

Dengan telefon pintar Asus ROG ini, mungkin korang akan merasakan pengalaman gaming yang lebih real. Dengan ketahanan bateri yang lebih panjang membuatkan korang tidak perlu risau dengan kekurangan bateri.

Tapi korang kenalah spend lebih sikit kalau nak dapatkan telefon Asus ni.

 

  1. Nubia Red Magic 5G

Tidak kurang juga phone keluaran Nubia yang sesuai untuk gaming. Jadi apa yang menariknya tentang fon ni ialah:

  • Nubia Red Magic 5G mempunyai skrin telefon pintar 144Hz pertama di dunia, yang menjadikannya sesuai untuk permainan, dan tidak mudah lag.
  • Ada kipas & sistem penyejukan dalam fon; menyebabkan telefon tidak panas
  • Specs yg bagus memberi kita pengendalian yang tinggi.

 

  1. Black Shark 3

Black Shark 3 adalah merupakan telefon permainan terbaik dari sub-jenama Xiaomi, walaupun ia tidak sehebat fon-fon lain, tapi ia mempunyai spec-specnya yang tersendiri:

  • Telefonnya besar, reka bentuk yang menarik dan mempunyai lampu LED
  • Kamera fon sangat efektif, lebih-lebih lagi dalam set cahaya rendah

Sebab telefon ini tidak boleh lawan fon gaming lain adalah kerana kadar refresh hanyalah 90Hz, berbanding dengan telefon-telefon gaming yang lain, dan ia juga tidak mempunyai ciri gaming khusus seperti fon yang lain.

 

Ini adalah cadangan sahaja, jadi korang buatlah pilihan yang tepat untuk dapatkan fon pilihan korang, yang korang rasa selesa untuk menggunakannya.