shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Trend Telefon Pintar Bezel-less

Bacaan 2 minit

Sudah menjadi trend masa kini apabila ramai orang memilih untuk memiliki telefon pintar yang mempunyai skrin penuh. Mengejar trend ini juga, makin banyak telefon pintar yang dikeluarkan semakin bezel-less juga. Sebelum itu, bezel boleh difahamkan sebagai ‘bingkai’ bagi peranti yang mengelilingi skrin peranti anda. Bezel-less pula adalah apabila ‘bingkai’ tersebut lebih kecil daripada kebiasaannya. Bezel berfungsi untuk memberi integriti kepada struktur peranti anda.

Rata-rata pengguna menggemari peranti yang mempunyai skrin yang lebih besar. Skrin yang lebih besar bermakna, saiz peranti juga akan bertambah dan akan menyebabkan pengguna sukar mengendalikan peranti. Telefon bimbit perlu memiliki saiz yang selesa untuk dikendalikan sebelah tangan serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja, seperti mana namanya, ‘bimbit’. Maka, syarikat penghasilan telefon pintar tiada pilihan lain selain meningkatkan saiz skrin dan mengurangkan saiz bezel. Maka, terhasillah peranti-peranti pintar yang bezel-less ini.

Samsung Galaxy Note 10 Plus (Sumber gambar: Tech Radar)

Namun, pengguna-pengguna peranti ini juga melaporkan terdapat beberapa masalah yang timbul akibat penggunaan peranti bezel-less ini. Antaranya, mereka secara tidak sengaja scroll halaman sesawang atau tertekan mana-mana butang oleh kerana cara pengendalian yang ‘tidak betul’. Peranti-peranti biasa yang mempunyai bezel, selalunya membolehkan pengguna menggenggam peranti tanpa menghasilkan sebarang sentuhan pada skrin yang tidak diingini. Namun, terkini, Samsung didapati mengatasi masalah tersebut apabila menghasilkan algoritma yang tidak menerima sentuhan daripada genggaman untuk menghasilkan input.

Selain itu, terdapat juga peranti seperti Samsung Galaxy S8+ yang hampir tiada bezel. Bagi penggemar casing telefon, sudah pasti peranti ini merunsingkan apabila skrinnya bukan sahaja berada di hadapan, bahkan melengkung sehingga ke sisi. 

Samsung Galaxy S8+ (Sumber gambar: Amazon)

(Rujukan: Life Wire & GSM Arena)