MRFIX - Baiki fon dan laptop

Trick untuk pengguna android

Bacaan 2 minit

Ramai yang mungkin tidak sedar akan trick yang boleh digunakan untuk android. Jadi apa yang saya sharekan mungkin sudah diketahui dan mungkin belum disedari oleh anda.

  1. Gunakan screen pinning

Sreen pinning membolehkan anda tetap mengaktifkan satu aplikasi sehingga anda memasukkan lock screen code. Oleh itu, orang lain tidak akan dapat meneroka isi telefon bimbit anda. Caranya, masuk ke Settings > Security > aktifkan screen pinning. Ini boleh dilakukan di Android Lollipop hingga jenis terbaru.

  1. WiFi dihidupkan secara automatik

Daripada menyusahkan diri anda untuk menyambung wifi yang pernah disambung sebelum ini secara manual, anda boleh menggunakan trick ini. Ia mampu menghidupkan wifi secara automatik, bukan secara manual. Apa yang anda perlu lakukan ialah, pergi ke Settings > Network & Internet > Wi-Fi > Wi-Fi preferences, lalu pilih Turn on Wi-Fi Automatically.

  1. One-hand mode

Papan kekunci telefon pintar direka untuk dikendalikan dengan dua tangan. Walau bagaimanapun, anda boleh menggantinya sehingga dapat digunakan hanya dengan satu tangan. Ini memudahkan kerja anda apabila anda hanya perlu menggunakan satu tangan sahaja. Caranya, pergi ke Settings > Advanced features > hidupkan One-handed mode. Walau bagaimanapun, kaedah ini berbeza mengikut jenis telefon pintar yang anda gunakan.

  1. Sembunyikan fail dan aplikasi tanpa bergantung dengan aplikasi lain

Anda tidak perlu memasang aplikasi lain jika anda ingin menyembunyikan fail dan foto, video atau aplikasi. Yang perlu anda lakukan ialah pilih Guest Mode atau mod lain, dan ia hanya boleh dilakukan untuk android lollipop. Jadi, semua fail dan aplikasi anda bakal selamat.

  1. Guna multitasking

Jadi anda tidak perlulah berulang menggunakan dua aplikasi yang berbeza dan menyusahkan kerja anda. Jadi dengan menggunakan cara ini, anda boleh menggunakan dua aplikasi dalam satu-satu masa. Anda hanya perlu pergi ke Recent Apps, dan tekan pada icon multitask di bahagian kanan satu page untuk aplikasi yang anda ingin gunakan.