MRFIX - Baiki fon dan laptop

Adakah Bateri yang Kembung Boleh Meletup?

Bacaan 2 minit
Ganti bateri kembung anda segera

Kejadian telefon pintar keluaran Samsung meletup beberapa ketika dahulu menjadi bualan masyarakat pada waktu tersebut. Ya, Samsung sudah menambah baik mekanismanya, dan tiada lagi bateri telefon pintar keluarannya yang meletup pada hari ini. Namun, menjadi suatu persoalan, adakah peranti-peranti keluaran syarikat lain terselamat daripada meletup?

Secara realitinya, dengan penambahbaikan daripada hasil kajian dan pelbagai ujian yang dilakukan, bateri Lithium-ion generasi terkini sebenarnya menuju 100% selamat daripada risiko untuk meletup. Tetapi, secara teori, bateri peranti anda boleh meletup, terutamanya jika sudah kembung. Mari kita fahami kronologi yang membawa kepada telefon pintar boleh meletup.

  • Akan terdapat satu bahagian pada bateri akan menjadi terlalu panas disebabkan impak secara langsung seperti litar pintas atau secara tidak langsung seperti kerosakan akibat terjatuh.
  • Tindak balas kimia yang berlaku di bahagian yang panas tersebut mula menghasilkan habanya yang tersendiri. Haba yang terhasil pada kawasan tersebut dapat merebak ke kawasan lain di mana proses ini dikenali sebagai electrolyte overheat.
  • Haba ini juga akan menyebabkan elektrolit di dalam bateri bocor, lalu memberi impak kepada bahagian luar bateri menyebabkannya terdedah dan kembung.
  • Cecair yang terlalu panas dan mudah terbakar akan terhasil dan terkeluar daripada bateri dan boleh menyebabkan komponen berdekatan bateri dan telefon pintar itu sendiri untuk terbakar dan mencair.

Keseluruhan proses menggerunkan ini dipanggil thermal runaway. Oleh itu, jika bateri telefon pintar anda kembung, segeralah menggantikannya dengan yang baharu kerana malang tidak berbau. Anda juga boleh mengganti bateri peranti anda dengan kami.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada laptop dan telefon pintar anda, bolehlah menghubungi kami di:

🏪 MRFIX GADGET- Smartphone Repair Face2Face
No. 50 Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Buka Setiap Hari : 10:00 pagi – 9:00 malam

Waze : https://waze.com/ul/hw282guttx
Call 📱0189886531
Whatsapp : https://mrfixgadgets.wasap.my
Kami juga menyediakan repair FACE2FACE di tempat anda (KL/Selangor/Putrajaya) jika anda tiada masa untuk datang ke kedai kami.