MRFIX - Baiki fon dan laptop

CARA YANG BETUL CAS BATERI SMARTPHONE/LAPTOP

Bacaan 3 minit

Pada zaman sekarang ni boleh katakan hampir 98% peratus smartphone yang baru keluar guna bateri yang bukan removable. Kelebihan utama bateri yang non-removeable adalah smartphone boleh dihasilkan dalam betuk yang lebih nipis & kukuh berbanding smartphone yang mempunyai bateri yang boleh ditanggalkan.

Perkara ini juga sama juga pada notebook itulah sebab kenapa notebook sekarang lebih nipis, portable dan datang dengan reka bentuk hybrid 3 dalam 1.

 

Masalah Bateri jenis Non-Removable

Namun, teknologi bateri non-removeable ni juga membawa masaalah yang belum ada pada smartphone/notebook sebelum ini, iaitu masalah ketahanan jangka-hayat bateri. Bukannya bateri smartphone yang bateri boleh ditanggalkan tu tahan lama, tapi sekurang-kurangnya korang boleh dapatkan bateri baru di kedai dan tukarkannya dengan sendiri. Sebaliknya, pengguna terpaksa hantar ke kedai untuk servis tukar bateri dikenakan bayaran tambahan pula kerana menukar bateri non-removeable smartphone adalah agak rumit.

Jadi cara yang terbaik untuk guna smartphone agar lebih tahan lama sekarang ni adalah dengan mem-ngecasnya dengan betul. Berikut adalah cara yang betul :

 

1) Tanggalkan peranti apabila ia dicas sepenuhnya:

Meninggalkan telefon dipasang apabila ia dicas sepenuhnya seperti pengguna cas telefon semasa tidur, tidak baik untuk bateri dalam jangka masa panjang. Sebaik sahaja telefon pintar pengguna mencapai caj 100%, ia masih lagi akan mendapat aliran cas yang kecil untuk mengekalkan nilai 100%.

 

2) Gunakan charger yang original sahaja.

Sebaiknya pengguna menggunakan charger yang datang sekali dengan telefon tu (original) kerana sudah pasti for sure charger tu mengikut spesifikasi bateri telefon pengguna yang telah ditetapkan oleh smartphone manufacturer. Atau sekurang-kurangnya gunakan charger 3rd party yang mahal & berjenama .

 

3) Cas telefon sekerap yang mungkin.

Tahu kah , bateri smartphone lebih bagus apabila di-cas dengan kerap. Ya! lagi kerap pengguna cas bateri lagi bagus. kerana mengecas bateri sebaik sahaja ia kehilangan 10% (cas apabila bateri 90%) adalah best case senario untuk bateri Litium-ion/Lithium-Polymer yang terdapat pada semua smartphone.

Cas kecil (contoh dari 80% ke 90%) akan memanjangkan hayat bateri anda. Juga, pengguna ingin memastikan jumlah bateri 0% hingga 100% sejauh yang mungkin. Dalam senario yang sempurna, Pengguna elok  men-ngecas 10% atau 20% antara 40% dan 60% untuk memaksimumkan hayat bateri anda.

Jelas sekali, itu tidak praktikal untuk kebanyakan orang, jadi cas smartphone anda bila-bila masa sahaja. Tak apa, kalau anda cucuk pasang charger acap kali, tidak menjadi masaalah.

 

4) Elakkan Fast Charging.

Banyak telefon baru keluar sekarang menyokong teknologi fast charging. Teknologi ni membolehkan pengguna cas bateri dari 0% ke 100% dalam masa yang singkat. Ia memang bagus untuk menjimatkan masa, tapi sebenarnya ia tidak bagus untuk bateri.

Apabila fast charging aktif, bateri akan menerima voltage & current yang lebih tinggi dari biasa; ini akan menyebabkan suhu bateri cepat panas. Suhu yang terlampau tinggi tidak bagus untuk bateri smartphone & akan mengurangkan jangka hayat bateri dengan cepat.

 

5) Jauhi Wireless Charging.

Wireless charging memang satu feature yang sangat berguna untuk smartphone, tapi ia tidak berbaloi dibandingkan kesan buruk-nya. Wireless charging induktif sering mengeluarkan haba yang tidak sepatutnya.

Haba dari Wireless charger juga membuatkan bateri telefon panas. Seperti point yang belum ni aku katakan, haba adalah musuh utama bateri.

Jadi sebaiknya pengguna elakkan wireless charging buat masa ini. Cas dengan menggunakan kabel lagi bagus dari wireless charging.