MRFIX - Baiki fon dan laptop

USB TYPE C

Bacaan < 1 minit

Universal serial bus banyak mengeluarkan jenis-jenis kabel. Setiap satu kabel mempunyai kelajuan penghantara data yang berbeza.Setiap usb akan berubah menjadi lebih baik dan menghantar penghantaran data dengan lebih. Pada masa kini usb berkembang dengan begitu pesat. Sehingga keluarnya USB type C. Apa itu USB type C?Disini kami akan menerangkan tentang usb type C. USB type C ni tidak asing lagi dengan kita. Telefon pintar pada masa kini telah menggunakan USB type C.

Universal serius bus type C atau lebih dikenali sebagai USB type C mula di perkenalkan pada tahun 2015. Ia menyokong USB 3.1, USB type C boleh memindahkan data yang laju sehingga mencecah 10 gbps dan menghantar atau menerima sehingga 20 voltan atau 100 watt. Tidak dapat di katakana lagi la USB type C menghantar data dan tenaga elektrik yang paling laju pada masa kini. Ia mempunyai bentuk yang bujur dan tidak mempunyai pin yang menetukan mana satu atas mana satu bawah.

USB TYPE C tidak mempunyai versi mini atau micro usb. Oleh sebab itu, USB type C di gelarkan sebagai penyambung USB standard. Ini bermaksud bahawa USB type C boleh digunakan dalam peranti kecil seperti telefon dan tablet. Oleh kerana USB type C menyokong sehingga 100 watt kuasa, ia juga boleh digunakan sebagai penyambung kuasa untuk laptop.